MAGNET DIRI (ENERGI):



MAGNET DIRI (ENERGI): POTENSI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI

Apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh seseorang, seringkali orang lain memuji individu itu dengan mengatakan, kejayaan itu adalah kerana individu itu sememangnya sudah berpotensi berjaya. Hakikatnya, fakta itu tidak tepat dengan fitrah dan psikologi kejayaan. Jika potensi semata-mata sudah memadai untuk berjaya, mengapa masih ada ramai orang yang berpotensi tetapi akhirnya terpaksa menempuh kegagalan dalam hidup?


Tidak dapat dinafikan, ramai orang obsesi kepada potensi. Ada yang beranggapan, potensi adalah jawapan bagi segala-galanya. Walhal, potensi sahaja tidak pernah mencukupi bagi menjadikan kejayaan satu realiti. Menurut pakar pengurusan moden, Peter Drucker, “Terdapat perkaitan yang sedikit di antara keberkesanan dan kebijaksanaan, daya imaginasi dan ilmu pengetahuan seseorang. Kebijaksanaan, daya imaginasi dan ilmu pengetahuan adalah sumber yang penting, tetapi hanya keberkesanan dapat mendatangkan hasil yang praktikal…”


Jika potensi sahaja sudah memadai, maka orang yang paling berpengaruh sudah pasti mereka yang berpotensi. Tetapi hakikatnya kita semua berpotensi sebagai manusia hebat, namun bukan semua daripada kita berpengaruh. Satu kajian di Amerika mendapati;


Lebih 50% CEO kepada 500 anak Syarikat Fortune seringkali mendapat C semasa di kolej.
65% dari seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat tempat pertengahan dan ke bawah di dalam kelas semasa di sekolah.
75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.
Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian universiti.
Jelas, potensi semata-mata tidak mencukupi.


Bilakah Potensi Sahaja Menjadi Penting?


Jika potensi terlalu di dewakan, berkemungkinan seseorang individu itu gagal mencapai tahap terbaik potensinya yang sebenar. Kerana apabila potensi terlalu di dewakan, maka kepentingan kualiti dalam individu serta komitmen dipinggirkan. Individu yang terlalu bergantung pada potensi semata-mata seringkali lalai menajamkan potensi itu dan akhirnya, orang lain melihat kelemahan demi kelemahan individu itu.


Oleh itu, pernahkah potensi sahaja menjadi penting? Jawapannya adalah ‘ya’ iaitu di peringkat permulaan. Potensi menjadikan saudara menonjol, potensi membantu saudara disedari oleh orang lain. Di peringkat permulaan, potensi menjadikan saudara lebih ke hadapan berbanding orang lain. Potensi memberikan saudara permulaan yang baik. Tetapi berita buruknya adalah, ia tidak kekal lama seandainya saudara hanya bergantung kepada potensi. Cabaran paling getir mengenai kejayaan adalah saudara mesti sentiasa berjaya. Potensi hanya membantu di peringkat permulaan. Seterusnya saudara mesti sentiasa menajamkan potensi itu agar potensi itu mampu terus membantu.


Petikan dari buku Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya



Comments

  1. bagaimana nak ubah pemikiran orang bila melihat kita tak ada potensi? sedangkan kita berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu.. tapi.. orang lain memandang rendah pada kita dan menganggap kita tak ada potensi untuk melakukannya.. aduhai.. sedihnya..

    ReplyDelete
  2. Ikhlas penting dalam menggilap potensi... meaning that kena ada visi / niat yang jelas sebelum melakukan sesuatu. .. instead of menggilap potensi, maybe nilai ikhlas yang perlu diperkukuhkan dahulu

    ReplyDelete
  3. salam ninjabest..
    dlm ape jua yg kita buat.. kena btuikn niat.. ;)
    bilamana dh btui proses awal, maka proses yg seterusnya insyaallah kena susun atur bg sistematik..
    ' plan ur work.. then work ur plan '..

    btw.. tq for the comments.. best of luck!!

    ReplyDelete
  4. bagaimana nak ubah pemikiran orang bila melihat kita tak ada potensi?

    sedangkan kita berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu.. tapi.. orang lain memandang rendah pada kita dan menganggap kita tak ada potensi untuk melakukannya.. aduhai.. sedihnya..

    ** salam ya adikku comei.
    cmne nk ubah mid setting orang..
    senang je.. basuh otak dia dgn clorok cmpur sabun cap daiya..hehe..

    bukan mudah nk ubah persepsi org dik.. cth kalu yg fikirannye xbegitu nk kembang.. xcmpur dgn org luar.. faktor persekitaran.. ditambh dgn fktor luar.dalamn.. maka, nk ubah mind set org.. kena ambil masa..

    apepun.. igt kata-kata omputih ni..
    ' never ask for things to be easier.. but then, alwiz ask u self to be better..

    so.. just slow-slow build up ur self esteem.. ur special touch n ur potential.. insyaallah ALlah knows u r the BEST.. among the BESt..

    ;) go..go.. caiyok dik ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts