33 penyebab Khusyu’s shalat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Segala pujian ku hanya Allah Tuhan semesta alam..
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
segenap usrati, sahabiah wa muslimin muslimat yang dirahmati olehNYa.

Tatkala diri ini agak keboringan dalam bilik,,

hehe.. maka jemari pun lantas ingin berkongsi ilmu nan secalit..
moga dapat diinfaqkan bersama.. insyaALLAH.

Ana ingin berkongsi ilmu dari buku 33 penyebab Khusyu’s shalat..
min Syeikh Muhammad Shalil Al Munajjid- IBS.. Indonesia..

Ana beli buku ni semasa tawaf di PWTC book fair 1 mei 2007 lepas..
Alhamdulillah buku ni, sudah kukhatamkan ,

dan ada lagi satu buku yang belum dihadamkan.
Kususun atur sebelah bantalku,
kadangkala cuma sempat membelek dan menghightlight points penting..
lantaran menjamah isinya amat jarang sekali..
manamungkin dihabiskan dalam masa terdekat..hehe..
( nothing impossible.. aiyaa.. sohih.. wa naa’m..

tapi ana kok jarang bangat nak sentuh..
even sebelah bantal je.. bila nak tidoq.. lelap dah…hihi )
Kadangkala nak tunggu isyak ada masa senggang..

ana akan membelainya..hehhe..

Ok.. ana masuk terus point buku ni.
MOga kita dapat improve the weakness.. insyaALLAh…

´Berdirilah utk ALLAH (dlm solatmu) dgn khusyu’ – al Baqarah 238.
“ Jadikanlah sabar & solat sbg penolongmu,

dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yg khusyu’ – al Baqarah 45.

1. Lakukan persiapan utk solat

- jawab azan
:: YA ALLAH, TUHAN YG MEMILIKI SERUAN YG SEMPURNA

DAN SOLAT YG DIDIRIKAN INI, BERIKANLAH KPD MUHAMAMD S.A.W
KEDUDUKAN AL WASILAH DAN KEUTAMAAN &
BANGKITKANLAH BAGINDA PADA KEDUDUKAN
TERPUJI YG TELAH ENGKAU JANJIKAN KEPADANYA::

-doa slps wudu’
:: AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YG BERHAK

DISEMBAH SELAIN ALLAH SEMATA, TIADA SEKUTU BAGINYA,
DAN AKU BERSAKSI NABI MUHAMAD S.A.W ADALAH HAMBA & PESURUHNYA.
YA ALLAH, JADIKANLAH DIRIKU TERMASUK ORANG-ORANG
YG BERTAUBAT DAN JADIKANLAH PULA DIRIKU
TERMASUK ORANG-ORANG YG BERSUCI::

Pesanan…* rajin-rajin bersiwak.. kenakan pakaian yg baik.. ( bersih)
solat jemaah itu byk PAHALA.. =) wallahu’alam..

2. Thuma’ninah (tenang) dlm solat

Abu Qatadah telah menyatakan kpd Rasulullah..
** pencurian paling buruk yg dilakukan oleh seseorang

ialah PENCURIAN yg dilakukan terhadap solatnya.
“ Mereka bertanya.. “ Wahai Rasulullah,
bagaimana seseorang biasa dikatakan mencuri solatnya?
” Nabi menjawab “ Bila dia tidak menyempurnakan,
baik ruku’ maupun sujudnya”..

3. Ingatkan kematian dlm solatnya

** andaikan solat yg kita kerjakan.. mumkin solat yg terAKHIR.. ^-^

4. Renungi makna ayat-ayat yg dibaca.

Pesanan.. sama-sama kita mendalami makna dlm bacaan kita..
insyaALLAh.. work hard for it.. !!

5. Baca ayat-ayat dgn berhenti pada setiap ayat.

6. Tartil dlm lakukan bacaan & baguskan suara

:: “ Dan bacalah Al Quran itu dgn perlahan-lahan (tartil) – al Muzammil 4

7. Meyakini ALLAh menjawab apa yg diucapkan dlm solat.

8. Solat di tempat yg dihadapannya ada sitrah dgn mendekat padaNYa


** sitrah yakni penghalang / pembatas / tirai

9. Letakkan tgn kanan ke ats tgn kiri

10. Arahkan pandangan ke tmpt sujud

** Pertanyaan..
Bagaimana hukum memejamkan kedua mata dlm solat?

Memejamkan mata dlm solat bertentangan dlm

dgn tuntutan sunnah Nabi s.a.w.
Namun demikian. Para ulama’ fiqih berbeza

pendapat tentang perkara kemakruhannya.

Akan tetapi, menurut pendapat yg benar disebutkan

bahawa jika membuka mata tidak mengganggu kekusyuk’kan,
maka hal yg lebih utama adalah membuka mata.
Berbeza halangan jika ada halangan yg menghambat
seseorang utk khusyu’, maka dlm keadaan ini tidak dimakruhkan.
Adapun pendapat disunnahkan utk memejamkan mata.

Kupasan ini, DISUNNAHKAN TIDAK memejamkan

mata saat mengerjakan solat, Kecuali jika diperlukan
utk memejamkannya demi hindari dari hal-hal yg merosakkan kekusyukkan.

Ana tangguh hingga ke 10. Ana akan sambung kemudian.. insyaALLAH..
Mohon tambah info dan betulkan andai ana tersilap terjemahan.

Ana tidak menaip kesuluruhan ayat dlm buku,
ana pendekkan dan alih bahasa skit kerna buku ini
dlm bahasa Indonesia bagi beberapa patah perkataan..

Wallahu’alam….
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
11.06.07 – 12.45am.

lokasi: baiti…mantin,n9

Comments

Popular Posts