Ramadan pesta kebajikan kepada Muslim
RASULULLAH SAW sentiasa bersedia untuk menyambut ketibaan Ramadan dan sekali gus merangsang sahabatnya dengan menegaskan bahawa padanya terbuka segala pintu kebajikan.
Apabila masuk saja Rejab, Baginda berdoa maksudnya:
"Ya Allah, berkatilah kami pada Rejab dan sampaikanlah kami ke Ramadan".
Baginda banyak berpuasa pada Syaaban serta mempersiapkan
sahabatnya untuk berpuasa Ramadan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
" Barang siapa yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredaan Allah,
nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.
"Begitu juga Baginda memberi motivasi kepada sahabat agar
mendirikan solat sunat malam dengan sabdanya bermaksud:
"Barang siapa yang bangun (solat malam) pada Ramadan
dengan penuh keimanan dan harapan memperolehi keredaan Allah,
nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."
Ramadan adalah pesta kebajikan yang dianjur oleh Allah kepada hamba-Nya supaya membekalkan diri mereka sekadar kemampuan.
Sesungguhnya antara pesta kebajikan terbesar adalah bulan ini,
Ramadan al-Mubarak. Sebenarnya, bagi dunia ada peniaganya,
begitu juga akhirat ada peniaganya. Peniaga dunia sentiasa
menunggu peluang dan masanya supaya dapat memperolehi keuntungan,
demikian juga bagi peniaga akhirat menunggu-nunggu masanya untuk mendapat untung.Keuntungan peniaga dunia tidak sama dengan untungnya
peniaga akhirat kerana peniaga akhirat untungnya keampunan
Allah dan syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai,
seperti disifatkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"... lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula)
oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat,
dan (daripada) membayarkan zakat. Mereka takut kepada satu hari yang
(di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang."
(Surah al-Nur, ayat 37)
Ramadan akan datang setiap tahun sebagai peluang bagi
Muslim supaya menambah semaksimum mungkin kebajikan
dan sebaliknya mengurangkan unsur kejahatan.
Kebajikan terbuka luas pintunya, syurga terbuka pintunya,
neraka tertutup rapat pintunya, syaitan dirantai dan digari.
Ini menunjukkan bahawa segala unsur kebaikan terbuka luas
dan unsur kejahatan Amat sedikit dan terbatas.
Alangkah bahagianya mereka yang dapat mengambil peluang ini,
sabda Rasulullah SAW bermaksud: "
Apabila datang Ramadan dibuka pintu-pintu syurga,
dikunci pintu-pintu neraka dan digari syaitan-syaitan."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang Muslim pada Ramadan berpeluang mempertingkatkan kedudukannya dan membersihkan dirinya. Allah memberi peluang kepada kita
agar membersihkan diri secara harian melalui solat lima waktu,
seperti sabda NabiSAW bermaksud: "
Tidakkah kamu fikir sekiranya di pintu rumah
seseorang kamu ada sebatang sungai yang boleh dia
mandi di situ setiap hari lima kali, adakah masih ada kotoran
padanya.Demikianlah Nabi bertanya kepada sahabatnya,
Mereka menjawab: Tentu tiada sedikit pun lagi kotoran.
Katanya: Demikian perbandingan dengan solat lima waktu
itu Allah menghapuskan dosa kesalahan.” (Hadis muttafaq alaih)
Kemudian tiba pula peluang mingguan pada Jumaat,
kemudian sampai pula peluang tahunan pada Ramadan dengan
ibadah puasa dan solat malam. Sabda Nabi SAW bermaksud:
"Solat lima waktu, dan di antara Jumaat ke Jumaat,
di antara Ramadan ke Ramadan, dihapuskan dosa di antara
semua itu selagi tidak melakukan dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim).
Penulis ialah pensyarah Jabatan Al-Quran & Al-Hadis,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
taken from www.bharian.com.my

Comments
Post a Comment