Isu serban: Masyarakat di Malaysia masih keliru!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2 di luar sana..

Tatkala membaca akhbar hari ini, hati ana menjadi sebak..
sebak dengan mentality masyarakat Islam di Malaysia
yang masih belum matang.. ye, masih belum matangg!

Isu serban yang kecil diperbesar hingga menjadi muka
hadapan surat khabar.. isu ummat yang lebih besar
seperti isu Palestin hanya diperuntukkan secebis ruang
di mukasurat belakangggggg surat khabar..

Lepas satu hal, satu hal lain datang..
isu serban yang terpampang di surat khabar pada hari ini
ana rasakan sesuatu yang melambangkan takuk
pemikiran masyarakat muslim di Malaysia yang
masih berada di paras lama.. ana tak menyalahkan
mereka yang terlibat, kerna ana sedar,
ada hikmahnya perkara ini berlaku.. iaitu agar kita berfikir dan bertindak..

Ramai yang bila berhadapan dengan isu ini menganggap
bahawa pelajar2 tersebut melakukan tindakan yang
wajar dengan terus bertegas untuk tidak menanggalkan serban mereka,
walaupun terbaksa dibuang sekolah.. aduhhh, berat, berat!..

Kalau btullah berserban untuk mengikut cara rasulullah s.a.w,
ingin ana nyatakan di sini bahawa serban yang rasulullah
pakai bukan seperti serban yang dipakai oleh masyarakat kita..
‘stail’nya berbeda.. kalau btul ingin mengikut gaya rasulullah,
mengapa tidak mengikut gaya yang sebenarnya??..
kalau itulah hujah mereka untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w..

Sahabat2, ingin ana jelaskan di sini bahawasanya,
memakai serban bukanlah sunnah Rasulullah s.a.w!
sunnah Rasulullah s.a.w ialah berpakaian mengikut masyarakatnya..
itu sunnah nabi! Berpakaian mengikut masyarakatnya..
Sunnah nabi terbahagi kepada dua..
sunnah ‘adatiyah [sunnah di mana
Rasulullah melakukan sesuatu kerana mengikut
adat masyarakat] dan sunnah ta’budiyah [sunnah nabi dalam ibadahnya]..

Islam bukan sekadar memakai serban dan janggut..
arab jahilyyah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut..
tidak hairanlah Rasulullah s.a.w yang lahir dan membesar
dalam masyarakat itu berbuat demikian..
“Rasulullah s.a.w juga menunggang unta..
adakah itu bermakna menunggang unta itu
satu amalan yang lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang?”
fikirkan sahabat2.. fikirkan…

Rasulullah makan menggunakan tiga jari seperti mana
yang ramai daripada kita ketahui.. tapi tahukan kita bentuk makanan Rasulullah??..
roti, bukannya nasi.. apakah kalau kita memakan bubur,
konsep tadi sesuai untuk kita aplikasikan?
Bagaimana hendak memakan bubur menggunakan tiga jari??..
ingat sahabat2, ketahui dengan lebih mendalam hal sunnah nabi..
selidik dan fahami daripada kita ikut membuta tuli..

Sahabat2, apa yang cuba ana nyatakan di sini adalah,
kita punya masyarakat yang berbeza daripada masyarakat arab..
kita punya adat yang berbeza dan seharusnya jika kita mengaku
mengikut sunnah nabi Muhammad, maka ikutlah perilaku
nabi yang mengikut adat masyarakat selagi mana ianya
tidak bertentangan dengan syara’.. baik dari segi kenderaan,
pakaian, rumah, makanan dan lain2..

Jika dilihat kembali dalam isu serban tadi,
perkara yang sunat ditegakkan dengan beriya-iya
sehinggakan perkara yang wajib, iaitu menuntut ilmu,
diketepikan.. apakah wajar pemikiran yang sedemikian??..
ya benar, berserban seperti masyarakat Malaysia adalah
sunnah nabi kerana berserban dengan gaya masyarakat

Malaysia bermakna kita berpakaian mengikut adat masyarakat, tapiiii…
apakah hal sekecil ini lebih utama berbanding menuntut ilmu??
Ana tak nampak rasionalnya..
Benar, memakai serban adalah kerna menunjukkan tanda
kasih pada nabi Muhammad s.a.w.. tapi, pelajar2 itu hanya
dilarang untuk memakai serban sebagai pakaian SERAGAM sekolah..
bukannya dilarang memakai serban selama-lamanya!..
mereka tidak dilarang memakainya pada masa yang lain,
malahan di sekolah, mereka tidak dilarang memakai serban ketika bersolat..
so what is the big deal???.. Islam itu mudah untuk diamalkan..
bukannya menjadi penghalang untuk kita terus bersekolah!

Ana tak tau la sahabat2 nampak atau tidak apa yang cuba ana sampaikan..
bertindaklah matang wahai umat islam di Malaysia!!..
bertindak matanglah!.. jika kita terus bersikap demikian,
Islam akan dipandang susah… terutama pada mereka yang tidak menganutnya~..
hati-hatilah.. hati-hati dalam mengamalkan dan mengangkat Sunnah Nabi Muhammad.. biarkan ianya sebati dalam diri kita dalam masa yang sama, indah di mata mereka~
wallahu’alam.. wassalamualaikum…

taken..copy n paste..from..
http://ummu-thabrani.blogs.friendster.com/khazinatul_asrar/2006/07/isu_serban_masy.html

Comments

Popular Posts