Santapan rohani secara berterusan cegah hati mati, halang kemusnahan
Ketiadaan iman, kemungkaran punca pelbagai masalah manusia di dunia..
HATI adalah organ paling utama di dalam tubuh manusia
dan nikmat teragung diberikan oleh Allah.
Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya.
Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak,
sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati.
Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini,
kesannya membabitkan seluruh anggota manusia.
Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga seperti kita
diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki,
tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam menjadi gelap kerana dosa.
Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan
satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa.
Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau 10 dosa? Seratus dosa?
Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud:
"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus
merebak sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya,
bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran
dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Mutaffifin, ayat 14). Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras.
Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan.
Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu.
Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau
ilmu yang boleh memandu kita,
namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati.
Kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud; "Kemudian sesudah itu,
hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.
Pada hal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan
mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya
yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
Dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana
takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai
daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan
bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh
mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada
batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada-Nya.
Perkara yang paling membimbangkan kita ialah apabila
hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang
bakal menghitamkan seluruh kehidupan.
Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati
dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati
akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati kerana:
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah
iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah
bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan
yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah
dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan
santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh badan
boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati,
ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah
zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati kita dengan
sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras,
sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannyalah
dengan cara banyak mengingati Allah SWT (zikir).
Firman Allah bermaksud, "Iaitu orang yang beriman
dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah.
Ketahuilah! Dengan mengingati
Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Hari yang padanya harta benda
dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan,
kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang
menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera
daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88 - 89).

Comments
Post a Comment