sALAm MAULIDUR RASUL.. *-*
Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan
janji manis untuk menjadi setia,
reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir,
pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.
Untuk apa selawat jika kenangan kita pada Rasulullah SAW
hanya sekadar mengharap pahala yang sepuluh!
Sedangkan pada masa sama kita melupakan cita-cita Baginda.
Kita meninggalkan perjuangan sunnahnya,
membiarkan umat ini mati jiwa dan minda.
Sibuk memecah belah perpaduan,
suka menyalahkan golongan lain dan hanya memuji golongannya sendiri.
Natijahnya, hilanglah kekuatan umat yang selama ini
disatukan oleh rasul-Nya SAW.
Jika Baginda masih hidup, pasti berasa amat sedih melihat
keadaan seperti ini. Untuk apa selawat itu,
padahal di hati rasul-Nya dilanda kesedihan.
Pujilah Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya.
Tetapi, berselawatlah dengan nurani yang suci,
pemikiran dan idea yang berisi inspirasi.
Gerakan yang terfokus pada amal yang soleh dan perjuangan membangunkan umat.
Panduan kita adalah sabda Baginda yang maksudnya:
"Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku dia bukan termasuk golonganku.
" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap Muslim yang berazam ingin meneruskan perjuangan
Nabi SAW kadang-kadang berasa patah semangat dengan
ujian yang menjadi rintangannya. Ada juga yang api semangatnya
terlalu berkobar-kobar hingga membakar diri sendiri.
Sebahagian yang lain mencuba untuk melakukannya secara berkumpulan.
Akhirnya, pengorbanan mereka menjadi agenda terselubung
untuk kepentingan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Gerakan dakwah yang dilakukan terpesong menjadi usaha
untuk mencari nama, mengejar populariti dan memperbanyak pengikut
yang mahu dicucuk hidungnya sesuka hati.
Begitu juga ia digunakan untuk menebarkan fanatisme golongan tertentu,
yang akhirnya bersikap menyalahkan orang lain dan menimbulkan
perpecahan dalam tubuh umat. Itu semua adalah fenomena
biasa dilihat dalam kehidupan pejuang dakwah.
Jika kita bersikap terbuka dengan pendapat orang lain
dan melapangkan hati untuk memikirkan apakah kesilapannya,
mungkin idea yang lebih jitu dan perancangan yang lebih teliti dapat dilakukan
Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda.
Isteri yang dikasihi adalah objek dakwah pertama,
kemudian anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
Bagaimana dengan isteri dan anak kita? Sudahkah mereka mendirikan solat,
berakhlak mulia dan taat setia kepada Allah dan rasul-Nya?
Kemudian Rasulullah SAW mengumpulkan kekuatan yang
berada pada diri sahabatnya. Pada diri Abu Bakar kita belajar bahawa
dakwah akan menang dengan kekuatan harta.
Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi
faktor penolong untuk agama Allah. Untuk itu umat Islam mesti
keluar daripada paras kemiskinan supaya tidak terbelenggu dengan
kezaliman penjajah. Ekonomi kita boleh dijajah, anak bangsa diperbodoh,
hasil bumi dan kekayaan negara menjadi rebutan musuh-musuhnya.
Relakah kita mengalami kejadian yang sama seperti
saudara kita yang dijajah? Oleh itu, berjuanglah seperti apa yang diperjuangankan
oleh Abu Bakar al-Siddiq.
Dalam peribadi Umar al-Khattab
kita belajar bahawa dakwah akan menang dengan ketokohan
dan populariti yang karismatik supaya Islam dihormati
kerana potensi unggul yang ada pada diri umatnya.
Jadilah orang yang bertanggungjawab di rumah, pejabat,
jalan raya, pasar, sekolah, ladang dan kilang.
Juga di mana saja kita berada, menyumbanglah untuk Islam,
bangsa dan negara. Sudahkah bangsa kita maju dengan potensi ilmu
dan teknologi yang mampu menggerunkan bangsa lain?
Sesungguhnya dalam diri Umar, murid dan pengikut setia
Rasulullah SAW ada kekuatan yang cukup menggerunkan lawannya.
Bagaimana dengan kita?Begitu agungnya perjuangan yang dibentangkan
Rasulullah SAW di hadapan sahabatnya.
Inilah jalanku, sesiapa yang mengikuti sunnah perjuanganku
akan bersamaku di syurga. Mereka saling bersaing untuk memberi
sumbangan kepada Allah dan rasul-Nya.
Dengan harta, ilmu, kekuatan fizikal, bahkan menyerahkan jiwa pun mereka sanggup melakukannya demi cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Begitulah kekuatan selawat yang melahirkan gerakan untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW.
INTI PATI
· Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji untuk menjadi setia,
· Selawat adalah bisikan kasih yang mengikrarkan janji untuk menjadi setia,
reda dan taat. Bukan sekadar hiasan pada bibir,
pemanis mulut dan menunjuk riak pada sesama hamba.
· Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda.
· Perjuangan Rasulullah SAW bermula dari dalam rumah Baginda.
Isteri yang dikasihi adalah objek dakwah pertama,
kemudian anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
· Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi
· Kekayaan pada tangan seorang yang beriman menjadi
faktor penolong untuk agama Allah.
· Untuk itu umat Islam mesti keluar daripada paras kemiskinan
· Untuk itu umat Islam mesti keluar daripada paras kemiskinan
supaya tidak terbelenggu dengan kezaliman penjajah.
Comments
Post a Comment