Pegang Al-Quran Tanpa Wudhuk

Saya perhatikan, begitu banyak tulisan-tulisan yang membincangkan
tentang hukum menyentuh Al-Quran tanpa wudhuk.
Selalunya ia akan membawa kepada kekeliruan dan kecelaruan fiqh bagi orang awam. Perdebatan untuk 'menghalalkan' memegang mushaf Al-Quran
tanpa wudhuk ini hanya akan menambahkan lagi isu tetek-bengek
dalam dunia Islam yang sudah pun bertimbun-timbun.

Oleh kerana saya sedar hampir 100% yang datang ke blog ini adalah orang awam -
dan tiada para Imam mujtahid atau ulama besar yang melawat blog ini,
maka adalah lebih mudah dan selamat untuk saya menulis bahawa:
Hukum menyentuh Al-Quran tanpa wudhuk adalah haram.

Inilah pegangan dari keempat-empat mazhab - baik mazhab Hanafi,
mazhab Maliki, mazhab Shafi'i dan juga mazhab Hanbali.
Pendapat yang membolehkan memegang Al-Quran tanpa wudhuk
dalam keadaan tidak darurat, maka ia bukanlah dari pendapat majoriti ulama.

Oleh itu, saya menyeru agar perdebatan yang tidak signifikan itu dihentikan.
Berdebat pada perkara yang menjadi ijmak ulama adalah perbuatan
yang sangat membuang masa - lebih-lebih lagi bagi orang awam seperti kita semua.
Allahu 'alam.Bagi yang faham Bahasa Inggeris, boleh baca artikel sokongan:-
Where does it say that we cannot touch the Qur’an without wudu?-
Etiquettes of touching and carrying the Qur’an

ana ambil dari blog..
http://hembusan.blogspot.com/

ana nk tambah lg..info..

Assalamu 'alaikum
Adakah dibolehkan pegang or baca Al Quran tanpa

wuduk and saya pernah dengar orang kata dosa and
kalau nak hapuskan dosa tu kena ambik wuduk?
Saya nak mintak bro hafiz firdaus tolong jelaskan artikel
tentang perempuan yang sedang haid boleh baca Quran (al-firdaus.com),
saya masih confuse sebab dalam Quran kan ada sebut yang haid itu benda yang kotor,
so, betul ke boleh baca Quran masa haid?
Jawab HF:
Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid.

Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut,
hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.
Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf,

baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya.

A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid.
Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.
Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam.

Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat
khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita,
dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.

Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.

Tambah THTL:
1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':
Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.
Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci)
telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah
Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.
Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah)
telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.
2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'
Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'.
Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

3. Wanita haidh baca al-Qur'an
Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah),
dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.
Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.
Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf,
jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.

http://www.al-firdaus.com/index.php?module=ContentExpress&func=display&btitle=CE&mid=&ceid=189