Ketibaan tahun baru bukan sekadar sambutan..^-^
taken from b.harian..
i didn't copy paste all the statement..so.. just explore the link.. if wanna kow more..
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Rencana/20060101104350/Article/
Penceramah yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Al-Quran
Universiti Islam Antarabangsa, Mohd Zawawi Yusoh
bagi mendapatkan pandangannya mengenai sambutan itu mengikut saranan Islam.
Kenapa tidak Maal Hijrah
KALAU menyambut tahun baru,
kenapa orang kita terlalu menekankan tahun Masihi?
Jika pada 31 Disember, masyarakat kita menyambutnya secara besar-besaran.
Orang Islam juga ada tahun baru seperti awal Muharam
dan kita menyambut tahun baru kerana ada cerita di sebaliknya
seperti peristiwa Hijrah (penghijrahan umat Islam dari Makkah ke Madinah).
Peristiwa Hijrah ada semangat tertentu untuk berubah manakala
31 Disember sekadar perubahan tahun Masihi saja.
Cara kita menyambut tahun baru berkait dengan azam kita.
Jika cara kita menyambut seperti orang Jepun, Amerika dan Perancis;
ia sekadar pertukaran masa. Hendak buat sesuatu mestilah bermatlamat.
Kita menyambut tahun baru tetapi setiap hari juga adalah baru
kerana ada sahabat menyebut: “Naik suatu hari baru maka hari itu akan berkata
‘aku makhluk yang baru’.”Apabila menyambut tahun baru,
kita hendak tutup satu buku dan manusia apabila genap setahun
akan menutup satu buku dan apabila berusia 60 tahun,
dia akan memiliki 60 buku.Selepas menutup satu buku,
kita akan membuka buku baru dan mencatat benda baru.
Yang penting bukan tahun saja baru tetapi jiwa juga harus baru,
minda baru, akhlak baru barulah tahun baru akan berubah.
Akan tetapi, jika kita tidak mengetahui nilai waktu,
bagaimana hendak ada kesedaran.
Dalam suruh al-Asr, Allah berfirman:
“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka
yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.”
Remaja bukan sekali
RAMAI beranggapan masa remaja adalah
untuk bersuka ria kerana remaja hanya sekali tapi sebenarnya
hidup remaja dua kali iaitu sesiapa yang menjaga remaja ketika di dunia,
dia akan menjadi remaja juga di akhirat.
Remaja yang beranggapan usia remaja hanya sekali itulah yang
akan terpukau dengan sambutan tahun baru.
Budaya kita menyambut tahun baru juga tidak betul kerana
sambutan hanya untuk nafsu, dengan lagu dan sebagainya.
Biarlah malam itu diadakan ceramah motivasi, solat tahjud,
bertaubat kerana ingin menutup tahun baru dengan keinsafan.
Cara sambut tidak kena, matlamat tidak betul maka cara hidup juga tidak betul.
Tahun baru bukan acara agama. Sambutan Masihi mengira tahun
mereka berdasarkan kelahiran Nabi Isa AS dan kita boleh mengingati
Nabi Isa kerana itu juga nabi kita. Dalam Islam dipanggil tahun Hijrah
kerana orang Islam tidak memuja manusia. Umar Al-Khattab enggan
memilih tarikh lahir atau tarikh wafat sebagai permulaan tahun
sebaliknya memilih tarikh berubah (peristiwa Hijrah).
Munajat dan taubat
JIKA kita mengubah cara menyambut, maka hasil (keadaan masyarakat) akan berubah.
Harus diadakan munajat perdana, taubat, seminar azam baru,
keinsafan dan mengimbas tragedi tahunan seperti tsunami,
nasib umat Islam di Iraq dan Palestin atau cerita mengenai keburukan dadah;
tidak hanya berhibur.Jika ingin berubah, ada tiga benda yang perlu diubah
dan saya namakan sebagai Triple H iaitu head, heart dan hand iaitu akal, hati dan nafsu.
Akal perlu diberi ilmu, hati diberi iman dan nafsu dikawal dan
jawapannya hope atau harapan untuk berubah. Untuk berubah bukannya satu malam saja,
tidak dapat jika ingin berubah pada malam itu tetapi prosesnya termasuk sebelum itu.
Jika mengikut Islam sebelum bulan Hijrah ada puasa,
haji dan apabila tibanya Maal Hijrah, sudah ada roh untuk berubah tetapi sistem Masihi tiada roh.
Jika tidak diisi Triple H tadi maka dia akan hidup secara biasa.
Azam bukan perubahan tetapi kemahuan dan untuk berubah perlu mahu,
tahu dan mampu. Jika dia leka dan tidak muhasabah dia tidak akan
tahu matlamatnya sudah dicapai atau belum.
Orang terkaya di dunia, Bill Gates ada buku mingguan
yang mencatatkan perkara bodoh yang beliau pernah buat.
Dia catat dan tidak mengulangi lagi.
Muhasabah dalam Islam adalah orang yang berkira-kira seperti
orang berniaga mengira modal dan keuntungan. Modal Allah sudah bagi iaitu minda,
akal, hati dan kita perlu lihat penggunaannya betul atau tidak.
Jika betul maka untung dapat pahala dan jika tidak pandai menggunakannya maka rugi dapat dosa.
Muhasabah diri ORANG yang muhasabah mengambil berat mengenai untung rugi,
siapa yang tidak muhasabah maka tidak peka. Saidina Umar berkata:
“Muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dikira di hadapan Allah.
”Sebelum Allah kira amalan kita, kita kena kira dulu di dunia.
Jika tidak muhasabah dan di akhirat baru ingin mengira maka
manusia itu baru sedar kekurangannya tetapi untuk menambah tidak
boleh kerana masa sudah habis. Orang yang muhasabah adalah mereka
yang ada visi ada perancangan untuk masa depan. Pepatah mengatakan
mereka yang tidak merancang sebenarnya merancang untuk kegagalan.
Saranan saya ialah kita harus bersama peristiwa. Cuti tahun baru,
kita harus mencari buku strategi berazam, muhasabah dan mulai sekarang ubah kawan.
Kawan baik bukan yang rapat tetapi yang yang boleh mengajak kita buat baik.
Ingin berubah juga memerlukan suasana kerana dengan suasana yang baik,
kita mampu menjadi baik. Sempena tahun baru ini juga,
kita akan menyambut haji dan pada haji ada Makkah dan pada Makkah
ada Kaabah yang dibina tiga beranak iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar.
Untuk berubah juga kita tidak boleh berubah seorang tetapi bersama anak,
isteri dan keluarga.Tahun ini tahun baru adalah pada bulan
Zulhijjah dan bulan Islam itu dikaitkan dengan perubahan.
Masa puasa Ramadan, kita mengorbankan diri; Syawal kita mengorbankan harta
dengan membayar zakat dan Zulhijjah, berkorban segala-galanya menerusi ibadat haji.
Pada bulan ini juga kita akan mengadakan ibadat korban tetapi kita
tidak harus berkorban binatang saja tetapi perlu juga berkorban sifat binatang dalam diri kita.
Sifat halal atau haram.Usaha Nabi Ibrahim akhirnya memberi
sumbangan kepada seluruh masyarakat dan kita juga harus memikirkan
pada tahun baru ini sama ada kita ingin menyumbang atau berbuat
sumbang kepada masyarakat.
Untuk berubah kita perlu ada kekuatan melawan musuh,
seperti ibadat melontar jamrah dalam haji. Selama tiga hari umat Islam
melontar kerana ada semangat permusuhan dengan syaitan dan nafsu.
Kita bukan membunuh nafsu tetapi mendidik nafsu kerana dengan
nafsulah ada kekayaan tetapi remaja sekarang mengikut nafsu bukan mendidik nafsu.
Jika matlamat hidup tidak berubah maka cara hidup juga tidak berubah.
Allah memberi kita hidup supaya kita memberi kepada orang lain.
em..so..think it... check urself.. *-*
kOreksi diri..muHasabaH diri..
especially..my self..+++sHida++

Comments
Post a Comment