Tentera AS cuci kasut guna al-Quran
TELUK GUANTANAMO: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan
menggunakan halaman yang dikoyakkan dari naskhah al-Quran
untuk mengesat dan menyuci kasut mereka yang kotor,
kata seorang tahanan Islam di penjara Amerika di Cuba itu.
Jumah Al-Dossary, 30, salah seorang daripada enam warga
Bahrain yang ditahan di penjara Guantanamo mengesahkan
bahawa al-Quran dihina di kem itu manakala tahanan Islam turut
menjadi mangsa penderaan seksual, lapor The Associated Press.
Al-Dossary berkata, beliau melihat dengan mata kepalanya sendiri
tentera Amerika di Pangkalan Udara Tentera Amerika di Kandahar,
Afghanistan membersihkan kasut mereka menggunakan kertas
yang dikoyak dari naskhah al-Quran.
Menurut dokumen sulit yang baru didedahkan oleh peguamnya,
Joshua Colangelo-Bryan, Al-Dossary dibelasah dan dipijak oleh
lapan tentera Amerika sejurus selepas tahanan Islam itu baru
menjalani pembedahan perut.Menurut dokumen itu, pada September 2002,
al-Dossary dibawa ke bilik soal siasat dan berdepan dengan empat polis tentera
dengan salah seorang daripadanya membawa kamera video.
Katanya, beliau dirantai di atas lantai sebelum dilucutkan pakaian sehingga
bogel atas arahan seorang penyoal siasat wanita.“Wanita itu kemudiannya berbogel
bertinggung di atas kemaluan, dada dan muka saya sebelum dia mengesat
darah haidnya ke atas badan saya bagi memaksa saya membuat
pengakuan mempunyai hubungan dengan rangkaian al-Qaeda,”
kata al-Dossary yang dicatatkan dalam dokumen itu.
Selepas bertemu dengan enam tahanan Bahrain di penjara Guantanamo,
Colangelo-Bryan, yang baru tiba di Amerika berkata,
enam lelaki itu kini bimbang mereka terpaksa merengkuk di
dalam penjara itu seumur hidup.Sementara itu, laporan terbaru menyatakan,
tentera Amerika berulang kali memasukkan tiub makanan kotor ke
hidung banduan yang melancarkan mogok lapar sehingga banduan itu muntah darah. – Agensi
::: moge ALLAh membalas perbuatannye..huhuhu...^-^

Comments
Post a Comment