the trUth..

Salah satu tuduhan yang dilemparkan oleh media tentang
Kenapa pihak pro-pembangkang memboikot adalah kerana
kegagalan untuk menghantar "calon yang cemerlang"...

"Calon yang cemerlang"? Apakah yang dimaksudkan dengan calon yang cemerlang?
Menang di gelanggang siswa dan siswi atau memenangi hati
pihak authoriti UIAM yang mendokong aspirasi Barisan Nasional?
Alasan utama Kenapa pihak pro-pembangkang memboikot
pilihanraya adalah kerana sistem "election before election"
yakni pemilihan sebelum pemilihan. Sebelum calon dibenarkan untuk bertanding,
mereka terpaksa 'bertanding' beberapa peringkat terlebih dahulu
bagi memastikan mereka layak untuk bertanding.

Sistem ini adalah sistem yang sememangnya tersasar jauh dari matlamat
Pilihanraya Kampus, yakni membenarkan pelajar untuk memilih pemimpin mereka,
kerana 'pemimpin' mereka terlebih dahulu telah dipilih oleh pihak Hal Ehwal Pelajar...

Selain itu, PRK UIAM kali ini jauh berbeza berbanding PRK UIAM yang lepas,
memandangkan terdapat beberapa syarat ketat yang perlu dipatuhi.

Antaranya:
1. Calon yang dibenarkan bertanding hanya pelajar 2nd and 3rd level.
Sesetengah pelajar, walaupun masih di tahun tiga adalah 4th level.
Kekangan ini yang menghalang mereka untuk bertanding.
PRK UIAM yang lepas, pelajar tahun dua dan tahun tiga dibenarkan bertanding,
regardless what is their level...

2. Public Speaking Test.
Memang bagus, tetapi ketelusannya diragui. Pihak HEP menjanjikan 4 orang hakim,
tetapi yang hadir hanya 2 orang. Peserta yang menyertai,
hanya seramai 22 orang. Yang lulus, 18 orang...

3. Interview. Sebanyak interview perlu dilalui:
a) Bersama HEP
b) Bersama Timbalan Rektor
c) Bersama Rektordi) Bersama Presiden UIAM

Apakah relevan hinggakan perlu bertemu dengan Presiden UIAM?
Sedangkan apabila timbul isu Mozahiri Shamsuddin memohon injunksi di Mahkamah Tinggi,
di dalam mesyuarat bersama para pensyarah,
Rektor sendiri tidak menyokong mana-mana pihak,
sama ada pihak pro-aspirasi mahupun pro-pembangkang.
Beliau seolah-olah 'tidak tahu' dengan undang-undang PRK yang disusun,
diolah, dikuatkuasakan dan diubah sewenang-wenangnya oleh pihak HEP.

4. Memandangkan calon tidak cukup, beberapa pelajar yang 'menyokong aspirasi Universiti'
telah ditemui oleh pihak HEP dan diharapkan dapat bertanding
atau mengisi lompang-lompang kosong tanpa perlu memathui syarat-syarat yang dikenakan. Lucu kan?

5. Kenyataan kesemua kerusi dibolot oleh pihak pro-aspirasi adalah bohong belaka,
memandangkan beberapa pemenang yang saya kenali,
yakni kawan saya sendiri adalah neutral dan langsung tidak menyokong 'perjuangan' pihak pro-aspirasi...

Begitulah kepincangan PRK UIAM yang mencapai tahap kritikal.
di UIAM aman dan tenang, seolah-olah tiada Pilihanraya Kampus.
Apa pun, adalah tidak adil untuk kita terus menghukum bakal MPP UIAM penggal hadapan,
kerana ada di antara calonnya memang cemerlang. Kita tunggu dan lihat,
MPP UIAM sesi 2006/07 berjaya mendukung aspirasi UNIVERSITI dan yang paling utama,
aspirasi ISLAM yang HAKIKI...Allahu Ta'ala a'lam...

kalam bicara dari saLAfian..www.ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=2&topic=19316&start=0

next blog.. watch.. http://www.mahasiswa-utm.blogspot.com/

Comments

Popular Posts