“Seutuh kasihmu sayang..... ---<@

“Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku…
syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu…
Assalamualaikum…Ikhlas mencintaimu...Abang…
Air mataku mengalir lebat membasahi pipi…
aku terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama
insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...
Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku,
ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….

Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali…
tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya
cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini….
sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga…
hidupku bahagia dengan hadirnya Amirul Ikhwan, suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…

Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara…
walaupun kami tidak sefakulti, namun jodoh menemukan hati ini…
Ikhwan adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku….
Bermula dengan sebuah sajak “Sesuci wajahmu Hawa”nukilannya,
hatiku mula tertaut pada Ikhwan… sajak dalam risalah pelajar Muslim “an-Nas”
itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku… (kebetulan warna kegemaran Ikhwan).
Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini
akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku…
itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu
ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur,
bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang….

Sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan,
namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah…
Terkadang, apabila berselisih dengannya, jantungku berdegup kencang…
Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat
insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini…
namun maluku mengatasi segalanya…
Alhamdulillah… sesekali aku diusik rakan-rakan,
tapi aku tidak mengalah. Ego untuk membela akhlakku
menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan….
Aku hanya membisu… Tidak mahu aku layani telatah rakan-rakanku,
kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan
jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.

Dikala mindaku bercelaru, aku pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti.
Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan
Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa.
Bertemankan sebuah buku bertajuk “Semanis Kesabaran”
nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum aku berangkat ke sini,
aku duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku.
Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia,
berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu…
Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah...
Pernah satu ketika, mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang
tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini..
Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,
dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik…
dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Ikhwan.

Aku mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga
dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki… lamunanku tersentak..

to be continued... >>>> ^_^


nantikan kisah selanjutnya...jeng..jeng.. =)Posted by Hello

Comments

Popular Posts