Bekas KPN mohon maaf kepada Anwar!!!

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor,
memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
keluarga beliau berhubung kecederaan yang dialaminya ketika berada
dalam tahanan polis pada 20 September 1998, sekali gus
semua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah
Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus,
membatalkan saman menuntut ganti rugi yang dikemukakan oleh Anwar terhadap Rahim,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
Kenyataan memohon maaf itu dibacakan oleh peguam Rahim,
Joseph Ting melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh
Rahim sendiri di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Rahim bagaimanapun tidak hadir.Pada hari pertama perbicaraan Isnin lalu,
Ting memberitahu mahkamah anak guamnya berada di luar negara.
Dalam surat permohonan maaf itu, Rahim berkata dia menerima tanggungjawab
terhadap kejadian pukul yang berlaku kepada Anwar pada
malam 20 September 1998 di lokap polis Bukit Aman. Mohd Hishamudin
membuat perintah pembatalan itu selepas semua pihak yang terbabit
dalam saman berkenaan mencapai persetujuan bagi menyelesaikannya di luar mahkamah.
“Saya gembira kerana perkara ini diselesaikan dengan baik dan
saya mengesahkan bahawa saman ini dibatalkan tanpa sebarang perintah mengenai kos,
dan semua pihak tiada kebebasan untuk memfailkan kes baru,” katanya.

Terdahulu, peguam Jagdeep Singh yang mewakili Anwar memberitahu
mahkamah perkara itu sudah diselesaikan dan satu jumlah wang yang tidak
dinyatakan akan dibayar kepada Anwar.Anwar, 58, yang kini bertugas
sebagai pensyarah bersekutu kanan di Kolej St Anthony, Universiti Oxford,
United Kingdom dan profesor di Georgetown University, Washington,
menamakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai defendan pertama
dan Abdul Rahim serta kerajaan masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Dalam saman yang difailkan pada 8 Januari 1999, Anwar mendakwa Rahim
menyerang dan memukulnya ketika ditahan dalam lokap di
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sehubungan itu,
Anwar memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta
menuntut semua defendan memohon maaf kepadanya dan keluarga
terhadap apa yang berlaku selama penahanannya tujuh tahun lalu.

>>>em...as EaSY je..eee..mcm xpatut je.. ni meSStti krOOni..dlmn..hUH..!!!
smpai dh LObam mata drANWAR...abih cm tu je KESSS...

Comments

Popular Posts