9/11, serangan bom London ada persamaan...

LONDON: Bekas perisik Britain, David Shayler yang mungkin digeruni kerajaan
Perdana Menteri Britain, Tony Blair berikutan keberaniannya mendedahkan
penyelewengan pentadbiran itu, membuat kejutan terbaru apabila
mendakwa siri letupan London pada 7 Julai lalu adalah hasil kerja
‘orang dalam’ seperti serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

“Amat menakjubkan bagaimana dua kejadian itu banyak
ciri-ciri persamaannya termasuk kaedah pendedahan laporan yang melulu,
bukti mencurigakan serta betapa pantasnya gambar suspek dikeluarkan.
“Ini semua hasil sandiwara kerajaan bagi menakutkan dunia
dan melancarkan perang,” kata Shayler, 39,
bekas pegawai agensi perisikan MI5 pada 1991, di rumahnya di East Bonn,
pesisiran pantai selatan Britain.Dia yang pernah dipenjarakan pada 2002
kerana mengaitkan kerajaan Britain dengan cubaan gagal membunuh pemimpin Libya,
Muammar Gaddafi, disifatkan ‘onak’ dalam pentadbiran Britain
sejak mendedahkan skandal penyelewengan dan rasuah dalam
dua pasukan perisikan Britain MI5 (domestik) dan MI6 (luar negara).

Shayler berkata, dia terkejut kerana ketika sedang meneliti butiran kejadian 7 Julai atau 7/7,
laporan media dan kerajaan mengenainya sebaliknya memaparkan persamaan corak laporan
‘salah dan mengelirukan’ seperti 9/11 yang dipersalahkan ke atas kumpulan al-Qaeda.
“Pertama, kita didedahkan mengenai latihan pihak berkuasa sebelum
kejadian letupan London itu, yang menyamai ciri 9/11.
Ini disusuli pendedahan adanya bukti mencurigakan yang kononnya
ditinggalkan dalang.“Tidak cukup dengan itu,
kerajaan juga bertindak pantas menyiarkan gambar suspek sama
seperti dilakukan selepas 9/11.

”Malah, lebih meragukan, kata Shayler adalah firma keselamatan swasta
yang bertanggungjawab ke atas latihan pihak berkuasa London menghadapi serangan pengganas,
terbukti ada kaitan dengan bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani.
Shayler turut mendakwa menerima maklumat, seorang suspek yang
gambarnya terpampang dalam media Britain sehari selepas kejadian 7/7,
sebaliknya masih hidup dan sihat di Pakistan.
Shayler yang yakin pengeboman London itu angkara kerajaan berkata
dia juga percaya yang 9/11 juga dilakukan AS sendiri.
Ini berasaskan tindakan merahsiakan bukti kukuh dan keterangan
yang jelas bercanggah dengan laporan rasmi selepas itu.
“Sebarang perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang adalah jenayah.
Itulah yang dilakukan kerajaan Presiden George W Bush
apabila membenarkan Agensi Pentadbiran Kecemasan Persekutuan AS (Fema)
memindahkan semua kerangka besi bangunan World Trade Center ke China dengan kapal.

“Jelas sekali ada yang sesuatu lebih besar cuba dirahsiakan yang
memerlukan penjelasan. Semakin lama, semakin terserlah 9/11 itu satu sandiwara.
Saya yakin kerajaan AS memperalatkan kejadian itu bagi mencetuskan ketakutan
dan alasan menakluk Afghanistan, menyerang Iraq dan kini untuk menceroboh
Iran dan Syria pula.”Shayler mendakwa, hasil rakaman Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI),
protokol pertahanan yang gagal dan kegiatan mencurigakan beberapa
pegawai pelbagai agensi kerajaan pada hari menjelang 9/11 adalah bukti dakwaannya itu.

“Dari segi pandangan pakar strategik, perbuatan menyembunyikan
fakta sebenar 9/11 adalah cubaan ‘rampasan kuasa’ ke atas kerajaan AS
dan alasan menggunakan pakai undang-undang tentera.
“Kita harus maklum yang ada senjata ditemui dalam pesawat yang
tidak berlepas pada hari kejadian 9/11. Sehinggakan ada pihak yang mengandaikan
ia mungkin digunakan untuk menyerang Rumah Putih atau Capitol Hill.

Bagi saya, ia tidak ubah satu cubaan menghapuskan kerajaan AS dan
mengisytiharkan perintah darurat atau rampasan kuasa yang ganas.”
– AgensiMengenai sentimen rakyat Britain terhadap tindakan Bush dan
Blair menyokong serangan ke atas Iraq, Shayler berkata ramai penduduk London
yang sebenarnya benci kepada dua sekutu rapat itu.
“Selepas pendedahan Memo Downing Street mengenai bukti yang
Blair berbohong mengenai ancaman senjata pemusnah di Iraq,
saya rasa ramai rakyat Britain yang sudah muak dan risaukan tindak tanduk seterusnya.” – Agensi


>>>ISLAM PENGGANASSS??!!!! YE KER...??? HUH....

Comments

  1. byk lagi sebnrnya perancangan depa utk menghancur dan memburukkan Islam ni...
    Di sebalik angkara musuh2, sbnrnya ia juga dtg dari kelemahan umat Islam itu sendiri. Kalu tak takdelah kafir laknatullah ni berani menginjak-injakkan Islam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts