~~Uc@p@n s@L@m perkukuh ik@t@n k@sih s@y@g~

ASSALAMUALAIKUM. Itulah yang sering kita ucap dan dengar apabila bertemu rakan, kenalan, anggota keluarga dan sebagainya. Tetapi tahukah kita apakah rahsia dan kelebihan di sebalik ucapan salam itu? Adakah ucapan itu sama dengan ucapan lain seperti ‘Selamat Pagi’, ’Good Morning’ dan ‘Hello’.
Secara umumnya, ucapan salam ini berbeza daripada ucapan lain. Ia adalah satu ungkapan yang mempunyai peraturan tertentu dan disuruh oleh Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah bermaksud: “Hai orang yang beriman,
janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu selalu beringat.”
(Surah an-Nur, ayat 27)
Allah juga memerintahkan agar kita membalas salam yang
diberi dengan ucapan yang sama atau lebih baik daripadanya.
Maka, adalah wajib ke atas tiap-tiap orang yang mendengar ucapan salam itu untuk menjawabnya dengan ucapan salam juga. Firman Allah bermaksud:
“Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari)
rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya salam yang ditetapkan dari sisi Allah yang diberi berkat lagi baik.’ (Surah an-Nur, ayat 61)
Ucapan salam turut mempunyai pengaruh besar dalam menanamkan rasa cinta dan kasih sayang di jiwa manusia. Salam boleh mengukuhkan ikatan hati, meneguhkan ikatan kasih sayang,
mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta menghapuskan
permusuhan antara sesama anggota masyarakat.
Rasulullah bersabda maksudnya : “Demi diriku yang berada dalam genggaman-Nya,
kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan
kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang.
Tidak mahukah kamu kutunjukkan sesuatu yang apabila kamu
membuatnya kamu akan berkasih sayang?
(Iaitu) sebarkanlah salam di kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah juga menjelaskan bahawa orang yang mendapat keutamaan
di sisi Allah dan keredaan-Nya ialah orang yang memulakan salam kepada manusia lain.
Hal ini seperti sabda Baginda bermaksud:“Sesungguhnya orang yang terutama di sisi Allah ialah orang yang memulakan salam sesama mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Ucapan salam itu adalah “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”
(Salam sejahtera, rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas kamu).
Orang yang membalasnya (menjawabnya) pula hendaklah berkata:
’Waalaikum Mussalam Warahmatullahi Wabarakatuh”
(Dan ke atasmu salam, rahmat Allah dan berkat-Nya).
Bentuk ucapan salam yang indah ini tidak boleh disamakan
atau ditukar ganti dengan ungkapan lain yang menjadi budaya
sesetengah golongan masyarakat hari ini.
Hal ini kerana, ucapan salam memberikan pahala kepada sesiapa yang mengucapkannya,
sedangkan ucapan lain sekadar ucapan pada bibir dan tidak lebih daripada itu.
Sesungguhnya, cara mengucapkan salam inilah yang dipilih oleh Allah
untuk sekalian makhluk-Nya sejak Nabi Adam diciptakan.
Allah mengajarkan salam itu kepada Adam,
lalu disuruh beliau menghormati malaikat dengan ucapan itu.
Disuruh seluruh keturunannya untuk berbuat demikian sepanjang masa.
Memberi salam juga boleh diucapkan kepada sesiapa saja
sama ada kepada lelaki atau wanita.
Dalam satu hadis riwayat Muslim daripada Asma' Yazid, katanya,
Rasulullah melalui masjid pada suatu hari di mana pada waktu itu ada sekumpulan wanita sedang duduk.
Maka Rasulullah mengisyaratkan tangan Baginda sambil mengucapkan salam kepada mereka.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)Ucapan salam yang mulia ini juga amat digalakkan untuk dibiasakan terhadap anak-anak kecil supaya mereka dilatih dari kecil untuk sentiasa mengucapkan salam.

Comments

Popular Posts