DOA SEMPENA BENGKEL
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
يَا اَلله ُ يَا مَالِكُ ياَ قُدُّوْسُ
Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
يَا اَلله ُ يَا كَرْيمُ
Jadikanlah Kursus __________________ Bil. 14 Siri 1/2009 Bagi ________________ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami. Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahgiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْد
Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya Allah permudahkanlah pegawai-pegawai kami dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Comments
Post a Comment