tips menjelang peperiksaan !

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN:

YANG BOLEH:

1. Rancang ulang Kaji

Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh.


2. Susun bahan ulang kaji.

Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik. Cuba guna teknik penggunaan katakata kunci, peta minda ataupun carta-carta untuk memudahkan anda mengingat. Anda juga boleh meminta petua dan pandangan daripada guru atau pelajarpelajar cemerlang, bagaimana untuk belajar secara berkesan di saat-saat peperiksaan. Mungkin ada yang boleh anda cuba jika sesuai.

3. Cari kaedah terbaik

Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Sama ada secara sendirian, berkumpulan, waktu pagi, lewat malam atau sebagainya.

Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saatsaat akhir. Ia mungkin sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan anda.

Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.



YANG TIDAK BOLEH:

1. Ulang kaji saat akhir

Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara.Mengelak subjek yang anda tidak suka. Ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia sebenarnya akan lebih menganggu anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ingat anda perlu menyelesaikan masalah, bukannya jangan lari daripada masalah. Berasa tertekan. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.


2. Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN

Baca arahan dengan betul dan tenang. Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Bagaimanapun, jangan terlalu tumpukan banyak masa kepada soalan-soalan sukar.


Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.
Pastikan juga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memeriksa kembali jawapan-jawapan anda.


3. Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN

Jangan: Membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Memikirkan lagi sama ada anda telah menjawab dengan baik atau tidak selepas selesai sesuatu kertas. Lupakan. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang.



~ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN ~




Sumber : http://permadah.blogspot.com/

Comments

Popular Posts