teori stephen covey..

Tips Belajar

Ingin berjaya dalam pelajaran? Ingin mendapatkan suatu cara belajar yang efektif dan mudah ? Berikut ini adalah 7 langkah yang dapat anda lakukan dan kembangkan sendiri yang diterjemahkan dari buku Seven Habits of Highly Effective People karangan Stephen R. Covey .


1. Tanggungjawab pada diri sendiri
Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2. Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percayai
Tentukan sendiri mana yang lebih penting bagi diri anda. Jangan sesekali biarkan teman atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3. Dahulukan yang penting
Lakukan dahulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu perhatian anda pada apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap diri anda berada dalam situasi "co-opetition" (bukan situasi "win-win")
"Co-opetition" merupakan gabungan perkataan "cooperation" (kerja sama) dan "competition" (persaingan). Jadi, anggaplah rakan anda yang banyak membantu anda dalam pembelajaran dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda
Ketika anda ingin membincangkan suatu masalah akademik dengan guru anda, misalnya menanyakan nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan tugasan, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakan alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik
Apabila anda tidak memahami tajuk atau bahan yang diajar hari ini, jangan hanya membaca tajuk tersebut berulang kali. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincang tajuk tersebut dengan guru, teman, kelompok belajar atau dengan pembimbing akademik anda(mentor). Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.


7. Cabar diri sendiri secara kesinambungan
Dengan cara ini, belajar akan terasa mengasyikkan dan menyeronokkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.


Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Effective Habits for Effective Study

Semoga 7 (tujuh) langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.