TAMRIN ramadhan ;)


Salam ya ikhwan wa akhwat,


Tarmrin ramadan sudah sampai kepenghujungnya.


Alangkah susah nya hati berpisah dengan tamrin ini



Adakah kita telah selesai bertaaruf dengan diri kita, mengenalpasti kelemahan diri dan membetulkan fikrah, menghancur jahiliah membina Islam di atas kehancuran itu



Adakah kita sudah selesai sesi muhasabah dan disiplin Ramadan, mengherdik nafsu yang degil . mendera dengan kelaparan. meruntuh tembok keegoaan . di tengah malam, direndam dalam sungai penyesalan



Adakah kita sudah berbaiah kepada Allah dan Rasul, tidak akan mengulangi dosa-dosa lalu lantas terus berjuang dengan penuh ketabahan walaupun diuji rintangan yang pelbagai



Kalau belum, tamrin itu tinggal saki baki 5 malam lagi. Ayuhlah gunakan kesempatan yang ada dalam tamrin ini supaya kita keluar dengan hati yang bersih, fikiran yang cerah dan semangat jihad yang menggunung tinggi.



Kita raikan malam selesainya tamrin dengan membesarkan Allah, tersenyum lebar, usik mengusik dan berkenduri dengan juadah yang enak



Keluar dengan Iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bagi demi Allah dan Rasulnya. Menaiki satu lagi marhalah merentasi kolam nafsu yang buruk kepada baik, lebih baik dan cemerlang, menuju keredaan Allah SWT.



Mudah-mudahan Ramadan akan datang kita masih sempat menjadi peserta tamrin yang meningkatkan lagi marhalah kita menuju Allah SWT



jazakAllah khair kathira

**copy paste min yG NISA' btr.

Comments

Popular Posts