Alhamdulillah.. TAKBIR !! =D




Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020236&Itemid=85

Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.
Mohammad Nizar, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dan bekas Menteri Besar Perak, memperoleh 21,860 undi, manakala Ismail, 49, mendapat 19,071 undi. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, hanya menerima 62 undi, sekali gus hilang wang deposit.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20090408004500/Article/index_html
http://prk059.pas.org.my/


TAKBIR!!!

Comments

  1. assalamualaikum,

    kemenangan nizar disebabkan pengundi bukan islam yang menyokong berbanding bn yg menang undi melayu. fikir4kanlah mengapa pengundi bukan islam megundi nizar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts