sambung lg..
Wasiat [32]: Menjaga Hubungan Baik Antara Dua Saudara
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w, beliau berkata:
'Tidak dihalalkan bagi wanita meminta perceraian saudarinya,
agar dia dapat mementingkan bahagiannya. Sesungguhnya dirinya hanya apa yang telah ditetapkan baginya.
' Dalam riwayat lain disebutkan: 'Janganlah seorang wanita meminta perceraian saudarinya,
agar dengan itu dia dapat mementingkan bahagiannya.'
Wasiat [33]: Mengetahui Keutamaan
'Aisyah Dari Urwah bin Az-Zubair, dia berkata: "Orang² memilih-milih hadiah mereka pada hari giliran Aisyah.
Aisyah berkata: 'Lalu madu-maduku berkumpul menemui Ummu Salamah, seraya berkata:
'Wahai Ummu Salamah, demi Allah, sesungguhnya orang² memilih-milih hadiah mereka pada hari giliran Aisyah.
Dan sesungguhnya kami menginginkan kebaikan sebagaimana yang diinginkan Aisyah.
Maka suruhlah Rasulullah s.a.w., agar beliau menyuruh orang² memberikan hadiah kepada beliau di manapun beliau berada, atau di manapun beliau menetapkan gilirannya.'
Aisyah berkata: 'Lalu Ummu Salamah menyampaikan hal itu kepada Nabi s.a.w.'
Ummu Salamah berkata: 'Lalu beliau berpaling dariku. Dan tatkala beliau kembali lagi kepadaku,
kusampaikan lagi hal itu. Lalu beliau berpaling dariku. Dan tatkala pada ketiga kalinya,
kusampaikan lagi hal itu, lalu beliau berkata: 'Wahai Ummu Salamah,
janganlah engkau menyakiti aku tentang hak Aisyah. Sesungguhnya demi Allah,
tidaklah turun wahyu kepadaku waktu aku sedang berada di dalam selimut
salah seorang isteri darimu sekalian selain dia."
Wasiat [34]: Keutamaan Mengasuh Anak Perempuan
Dari Urwah, dari Aisyah r.a. ia berkata: 'Ada seorang wanita bersama dua anak perempuannya masuk seraya meminta-minta, namun dia tidak boleh mendapatkan sesuatupun yang ada padaku selain dari satu buah kurma,
lalu kuberikan buah kurma itu kepadanya, maka wanita itu membahaginya kepada kedua puterinya,
sedangkan dia sendiri tidak memakan darinya, kemudian dia bangkit dan pergi. Lalu Rasulullah s.a.w.
memasuki tempat kami, lalu kusampaikan kejadian ini. Maka beliau berkata: "Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu dari anak² perempuan ini, maka mereka akan menjadi pelindung baginya dari Neraka."
Wasiat [35]: Di Antara Adab Islam Yang Tinggi
Dari Abu Al-Malih Al-Huzaliyyi, sesungguhnya ada beberapa orang wanita dari
penduduk Hins yang meminta izin kepada Aisyah. Lalu Aisyah berkata:
'Boleh jadi kamulah yang termasuk orang² yang memasuki kamar mandi.
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Siapapun wanita yang
mencampak pakaiannya di tempat selain rumah suaminya, maka dia telah mengoyak tabir antara dirinya dan Allah."
Wasiat [36]: Waspadalah Terhadap Sesuatu Yang Boleh Merosak Solatmu
Dari Anas dia berkata: 'Ada sebuah tabir milik Aisyah yang ia dipergunakan untuk menutupi rumahnya,
lalu Nabi s.a.w. berkata kepada (Aisyah), "Singkirkanlah dariku tabirmu ini,
kerana gambar²nya sentiasa menggangguku dalam solatku."
Wasiat [37]: Ketahuilah Hukum² Agamamu
Dari Ummu Salamah, dia berkata: Ummu Sulaim pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata:
'Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak merasa malu dari kebenaran.
Lalu apakah seorang wanita itu harus mandi jika dia bermimpi?' Maka Nabi s.a.w. menjawab:
'Jika dia melihat air (mani). Lalu Ummu Salamah menutup wajahnya, dan berkata:
'Wahai Rasulullah, apakah wanita itu juga boleh bermimpi?' Beliau menjawab;
'Ya, boleh. Maka sesuatu yang menyerupai dirinya adalah anaknya.'
Wasiat [38]: Janganlah Membebani Diri Dalam Urusan Agama
Dari Aisyah r.a., bahawa Al-Haula binti Tuwaitin melaluinya,
sedangkan di sisinya ada Rasulullah s.a.w. lalu aku (Aisyah) berkata:
'Ini adalah Al-Haula binti Tuwaitin, mereka berkata bahawa dia tidak
pernah tidur malam'. Berkata Rasulullah s.a.w., 'Tidak pernah tidur malam?
Ambillah dari pekerjaan menurut kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak merasa
bosan sehingga kamu merasa bosan
Wasiat [39]: Yang Menyebabkan Solat Tidak Diterima
Dari Safiah binti Al-Harith, dari Aisyah r.a., dia berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata:
'Allah tidak menerima solat wanita yang sudah haid kecuali dia memakai tudung kepala.'
info tambahan bagi Wasiat [39]: Yang Menyebabkan Solat Tidak Diterima Perkara Yang Amat Dibenci Allah Pada Seorang Wanita [1] Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah berfirman, "Hiduplah dengan apa yang kau suka." [2] Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki bukan muhrim. [3] Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga. [4] Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat. Pengorbanan seorang wanita amat dihargai Allah dan rasulnya.

Comments
Post a Comment