Wasiat [21]: Doa Yang Sempurna
Dari Aisyah r.a., bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a. menemui Rasulullah s.a.w.
lalu beliau membicarakan sesuatu dgnnya, yang disembunyikan dari Aisyah,
ketika itu Aisyah sedang solat. Lalu beliau berkata: 'Wahai Aisyah,
hendaklah engkau mengucapkan bacaan yang sempurna yang lain
"Tatkala Aisyah sudah salam, dia menanyakan kepada beliau.
beliau berkata: 'Ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu
semua kebaikan, yang lalu dan yang akan datang, yang kuketahui dan yang tidak kuketahui. Aku berlindung kepadaMu dari semua kejahatan, yang lalu dan yang akan datang
yang kuketahui dan yang tidak kuketahui. Dan aku memohon syurga kepadaMu
yang dapat mendekatkan ke sana, berupa perkataan atau perbuatan.
Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa yang mendekatkan ke sana
berupa perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kebaikan kepadaMu
seperti yang diminta hamba dan RasulMu, Muhammad, kepadaMu.
Dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan seperti hamba dan RasulMu,
Muhammad, yang memohon perlindungan kepadaMu.
Dan aku memohon kepadaMu urusan yang Engkau tetapkan bagiku,
agar Engkau menjadikan kesudahannya sebagai kebenaran."
Wasiat [22]: Umrah Pada Bulan Ramadhan
Ibnu Abbas r.a. berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata kepada seorang wanita
dari kalangan Ansar, 'Apa yang menghalangimu untuk haji bersama kami?'
Wanita itu menjawab, 'Kami mempunyai unta yang kami pergunakan untuk mengairi.
Lalu Abu Fulan menaikinya, begitu pula anak unta itu bagi isterinya dan anaknya
dan dia meninggalkan seekor unta agar dipergunakan untuk mengairi.
' Beliau berkata, 'Apabila datang bulan Ramadhan, maka umrahlah pada bulan itu,
kerana umrah pada bulan Ramadhan serupa dengan haji.'
Wasiat [23]: Wasiat Sebelum Tidur
Ali berkata: 'Fatimah mengeluhkan bekas alat penggiling yang dialaminya.
Lalu pada saat itu ada seorang tawanan yang mendatangi Nabi s.a.w.
Maka Fatimah bertolak, namun tidak bertemu dengan beliau.
Dia mendapat Aisyah. Lalu dia mengkhabarkan kepadanya.
Tatkala Nabi s.a.w. tiba, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah kepada beliau.
Lalu beliau mendatangi kami, yang ketika itu kami hendak masuk tidur.
Lalu aku mula berdiri, namun beliau berkata, "Tetaplah di tempatmu".
Lalu beliau duduk di tengah kami, sehingga aku dapat merasakan dinginnya
kedua telapak kaki beliau di dadaku. Beliau berkata:
'Ketahuilah, akan kuajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada
apa yang engkau minta kepadaku. Apabila engkau hendak tidur,
maka bertakbirlah tiga puluh empat kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali,
dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali, maka itu lebih baik bagimu daripada seorang pembantu."
Wasiat [24]: Haram Memakai Minyak Wangi Ketika Solat Berjemaah dan Berpergian
dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata:
"Siapapun wanita memakai (bau harum) dupa,
maka janganlah ikut solat isyak yang akhir bersama kami.
" Dari Zainab Ath-Thaqfiyyah, sesungguhnya dia pernah membicarakan
tentang Rasulullah s.a.w., bahawa beliau berkata: "Apabila salah seorang di antara kamu ikut solat isyak, maka janganlah memakai minyak wangi pada malam itu.
" Dan dalam suatu riwayat disebutkan: "Apabila salah seorang
di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi."
Wasiat [25]: Larangan Berpergian Kecuali Bersama Mahram
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, 'Rasulullah s.a.w. berkata: 'Tidak diperbolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat untuk berpergian dengan jarak perjalanan sehari semalam, tanpa disertai mahram.' Dalam riwayat lain disebutkan:
'Janganlah wanita berpergian selama tiga hari kecuali bersama mahram.'
Wasiat [26]: Pahala Kerana Kematian Tiga Orang Anak
Dari Abu Said Al-Khudry r.a., dia berkata, 'Para wanita berkata kepada
NAbi s.a.w.: 'Kaum laki² mengalahkan kami atas diri engkau maka buatlah bagi kami satu hari dari waktumu.' Maka beliau menjanjikan kepada wanita satu hari yang pada saat itu beliau akan menemui mereka. Lalu beliau memberi nasihat dan perintah kepada mereka.
Maka di antara yang beliau ucapkan kepada mereka: 'Tidaklah di antara kamu sekalian ada seorang wanita yang dahulu mati tiga anaknya melainkan baginya penghalang dari api Neraka'. Lalu ada seorang wanita yang bertanya, 'Bagaimana dengan dua anak?
' Maka beliau menjawab: 'Juga dua anak.'
Wasiat [27]: Wasiat Untuk Ummahatul Mukminin
Dari Aisyah, Ummul Mukminin, dia berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata:
"Yang paling cepat bertemu dengan aku (sepeninggalanku) adalah yang paling panjang tangannya di antara kamu." Aisyah berkata: 'Lalu mereka saling menghulurkan, siapakah di antara mereka yang paling panjang tangannya.' Aisyah berkata lagi: 'Maka yang paling panjang tangannya di antara kami adalah Zainab, kerana dia selalu bekerja dengan tangannya sendiri dan sedekahnya.
Wasiat [28]: Wasiat Untuk Mendapatkan Pahala Yang Besar
Dari Ibnu Abbas bahawa Juwairiyah, sesungguhnya Nabi s.a.w.
keluar dari tempatnya pada waktu pagi dinihari tatkala hendak
solat subuh sedangkan Juwairiyah berada di tempat solatnya.
Kemudian setelah waktu dhuha beliau pulang dan ternyata
Juwairiyah masih tetap duduk. Lalu beliau bertanya:
'Jadi engkau masih seperti keadaan tatkala aku meninggalkanmu?
Dia menjawab: 'Benar'. Nabi s.a.w. berkata: 'Telah kukatakan sesudahmu empat ucapan sebanyak tiga kali, jika ia ditimbang dengan apa yang engkau katakan sesudah hal ini
tentu ia akan memberatkan timbangannya, iaitu Subhanallah,
'adada khalqihi, waredha nafsihi, wazinata 'arsyihi,
wa midada kalimatihi (Maha Suci Allah, dan dengan
pujiNYA sebanyak makhlukNya dan seberat 'ArasyNya dan seluas kalimatNya.'
Wasiat [29]: Wasiat Ketika Berlalu di Jalan
Dari Abu Hurairah r.a.,
berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata: "Tengah jalan bukanlah bagi wanita."
Wasiat [30]: Wasiat Menggunakan Ruqyah Kerana Pandangan Mata
Dari Aisyah r.a. berkata, Nabi s.a.w. masuk lalu mendengar bayi menangis,
lalu beliau berkata, "Mengapa bayimu ini menangis?
apakah kamu semua tidak memberi ruqyah kepadanya kerana pandangan mata?"
Wasiat [31]: Wasiat Yang Dapat Memperbaiki Semua Urusan Wanita
Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah r.a.:
'Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku kepadamu, iaitu hendaknya engkau mengucapkan pada waktu pagi dan petang; "Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha berdiri sendiri, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang."

Comments
Post a Comment