sambungan wasiat..

Wasiat [11]: Keturunan Tidak Diperlukan Pada Hari Hisab
Dari Aisyah r.a., dia berkata: 'Tatkala turun ayat:
'Dan berilah peringatan kepada kerabat²mu yang terdekat
(Asy Syu'araa': ayat 214). Rasulullah s.a.w. berdiri di atas bukit Safa,
seraya berkata: "Wahai Fatimah binti Muhammad,
wahai Safiyyah binti Abdil Mutalib, wahai bani Abdil-Mutalib,
aku tidak berdaya menolong kamu semua sedikitpun dari seksa Allah.
Mintalah kepadaku dari hartaku menurut kehendakmu."

Wasiat [12]: Gurauan Yang Dibolehkan

Dari Aisyah r.a., bahawa dia menghantarkan seorang (pengantin)
wanita kepada (pengantin) laki² dari Ansar, lalu Nabi s.a.w. bertanya:
'Wahai Aisyah, apakah tidak ada hiburan bersamamu semua?
Kerana orang² Ansar itu senang kepada hiburan.'
"Takwa adalah takut kepada Allah yang Maha Agung, mengamalkan wahyu,
puas terhadap yang sedikit dan bersiap-siap untuk hari berbangkit." Saidina Ali r.a.

Wasiat [13]: Doa Menjelaskan Hutang dan Dijauhkan Dari Kemiskinan

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: 'Fatimah menemui Nabi s.a.w.
seraya meminta seorang pembantu kepada beliau. Lalu beliau berkata kepada Fatimah,
"Ucapkanlah: 'Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh dan Robbul-'arsy Yang Agung,
wahai Tuhan kami, Tuhan segala sesuatu, yang menurunkan Taurat,
Injil dan al-Quran, yang menumbuhkan butir tumbuh²an dan biji buah²an,
aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan sesuatu,
Engkaulah yang memegang ubun²nya, Engkaulah yang awal dan
tidak ada sesuatu sebelumMu, dan Engkaulah yang akhir dah
tidak ada sesuatupun sesudahMu,
Engkaulah yang zahir dan tidak ada sesuatupun di atasMu,
Engkau yang batin dan tidak ada sesuatupun selain Engkau,
lunaskanlah hutangku dan cukupkanlah aku dari kemiskinan."

Wasiat [14]: Memohon Ampun dan Afiat Kepada Allah

Dari Aisyah r.a., dia berkata: Aku pernah bertanya:
'Wahai Rasulullah, tahukah engkau,
andaikan aku tahu macam apa lailatul qadar, apa yang harus kuucapkan ketika itu?
' Beliau berkata, 'Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
menyukai ampunan. Maka ampunilah aku!"

Wasiat [15]: Apabila Suami Meninggal Dunia
Ummu Atiyyah berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata,

tidak boleh bagi wanita yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat untuk berkabung dan tidak mahu berhias lebih dari tiga (hari),
kecuali kerana kematian suami. Maka dia tidak boleh bercelak dan
tidak mengenakan pakaian celup kecuali serban.'

Wasiat [16]: Larangan Menyambung Rambut Wanita
Dari Sa'id Al-Muqbiri, dia berkata: 'Aku pernah melihat Mu'awiyah

bin Abu Sufyan berada di atas mimbar sambil memegang satu
di antara beberapa gulungan rambut wanita,
seraya berkata, 'Mengapa justeru para wanita melakukan seperti benda ini!
Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:

'Siapapun wanita yang menambahkan rambut yang bukan
yang bukan bahagian dari kepalanya,
maka itu adalah kepalsuan yang ditambahkannya ke dalam rambut itu."

Wasiat [17]: Wasiat Untuk Wanita Isithadhah
Dari Aisyah, dia berkata: 'Fatimah binti Abu Hubaisi datang kepada Rasulullah s.a.w.
seraya berkata: 'Aku adalah wanita yang istihadhah, maka aku tidak suci.
Apakah aku boleh meninggalkan solat?' Beliau menjawab: "Tidak.
Itu hanyalah darah yang banyak keluar dan bukan (darah) haid.
Maka apabila datang haid, tinggalkanlah solat. Dan apabila sudah
berhenti maka cucilah darimu darah itu, kemudian solatlah!"

Wasiat [18]: Hak² Suami Terhadap Isteri
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
" Tidak halal bagi wanita berpuasa, sedang suaminya hadir kecuali dengan izinnya dan janganlah dia memberi izin (orang lain berada) di rumah suaminya kecuali dgn izinnya.
Dan apapun yang dia belanjakan dari sebahagian nafkah tanpa perintahnya,
maka diberikan kepada suami separuh daripada pahalanya."

Wasiat [19]: Sebab² Yang Memasukkan Wanita Ke Dalam Syurga
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: 'Rasulullah s.a.w. berkata:

"Apabila wanita mendirikan solatnya yang lima,
berpuasa bulan (Ramadhan)nya, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya,
maka dia masuk syurga dari pintu² syurga manapun yang dikehendakinya."

Wasiat [20]: Jangan Meratap Tangis Kerana Musibah
Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w. berkata:
'Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum dia meninggal,
maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan di tubuhnya dikenakan
jubah yang penuh tar dan baju besi yang penuh penyakit kudis.'

to be continued..



Photobucket - Video and Image Hosting

Comments

Popular Posts