Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah
KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun
amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan
tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu
memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya
mengasah bakat luar biasanya.Nuramirah Azhari, 10,
yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya
menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih
sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37.
Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.
Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu,
Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam,
12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5,
berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi,
tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.
Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid
berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan
dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu
berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun
dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.
Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin,
Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan
rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam
adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..
“Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah),
tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah
yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh,”
katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti.
Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39,
seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya
menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia
lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam,
yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan
awal melihat abang dan kakaknya mengaji.JadualMenurut Nurzahidah, beliau dan suami
menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya.
Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri
untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran
sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.
Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk
membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih
semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari
sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.
Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah,
akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris.
Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul
3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar
dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.
Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula
selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam
seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam
sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam
bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.
“Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam
mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz
dan pada waktu malam juga saya akan turut
mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi
memberi ruang kepada mereka
meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan
kami berdamping sambil mendidik.“Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari
tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi
sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa
mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang.
Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka,” jelasnya.
Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya
mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca,
menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk
mengekalkan cara didikan sedemikian dengan
mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Agama kelak.
Ilmu akhiratDengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua
anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin
dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia
berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak
yang dihantar ke sekolah biasa.“Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada
di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah,
petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum,
pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen,
justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka,” soalnya.
Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu,
semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin,
membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat.
Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita
ketika mengandung sehingga melahirkan anak.
Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu
sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih
yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana
bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan
beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.
“Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan,
makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada
kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan
kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat
sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat,” katanya.Sementara itu, Azhari memberitahu,
untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada
menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen.
Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk
membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.
“Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana
sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz,
malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka
pada al-Quran sedikit terganggu.“Saya juga tidak akan memewahkan
anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai
sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja,” katanya.
Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai
tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi
tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur
kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.
** taken from utusan..

Comments
Post a Comment