25 pesanan Luqmanul Hakim
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya
dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya.
Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam,
layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH.
Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain,
dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya
hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH,
dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan
selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah
kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu,
maka marahnya ibubapamu adalah
bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang,
kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan
dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH
tentang sesuatu yang menyebabkan untuk
tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH
dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau
akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas
hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang
dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya
semula itu lebih mudah daripada memberi
pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan
betapa beratnya mengangkat batu besar
dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan
orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik,
sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit
sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati,
sebab ianya akan mengingatkanmu
kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri
pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,
kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang
itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah
langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran
dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama
dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulamak dengan
cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bila
mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak
ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati,
maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura
membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,
maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budi
bahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai
orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman,
tempatkanlah dirimu padanyasebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.
Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian
atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong
kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan
oleh dunia saja kerana engkau diciptakan
ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada
orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar,
kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa
kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata
yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya
sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau
bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya
yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu..
Comments
Post a Comment