oLd diary vs nEw diary.... ('"<)

Garis perjalanan yg panjng penuh ranjau menuntut kemampuan diri
menangani apa jua dugaan hidup dgn kental. Tidak bernama kemanisan
andai diri goyah dgn pelbagai cabaran. Tidak dikatakan keindahan jika
diri rebah dgn pelbagai godaan. Segala cabaran dan godaan sama ada
semasa usia muda atau semasa di alam kampus merupakan proses
mengenal diri dan memaknakan insani. Usah terperangkap dgn situasi
yg merosakkan diri, terpengaruh dgn anasir-anasir yg menyalahi undang-undang agama.
Usah terpedaya dgn keadaan yg mencemarkan hati,
terganggu dgn unsur-unsur yg membunuh ketuhanan jiwa.

Teguhkan hati, tebalkan iman, kejapkan diri, kentalkan pendirian.

Walau musim bersilih ganti, walau ombak datang membadai,
walau apa jua rintangan yg menghunjam, kesemuanya perlu diharungi dgn berani.
Kibarkan bendera dgn cekap utk menerobos dunia agar hati tidak kecundang.
Apa jua yg datang, apa jua halangan yg hadir adalah kematangan.

Sempena kedatangan bulan MUHARAM, sempena kelahiran

bulan pertama dalam pengiraan bulan ISLAM, pahatkan dlm diri bahawa:::

“ SESIAPA BERHIJRAH DI JALAN ALLAH, NESCAYA MEREKA MENDAPATI

DI MUKA BUMI INI TEMPAT HIJRAH YANG LUAS DAN REZEKI YANG BANYAK.
SESIAPA KELUAR DARI RUMAHNYA DGN MAKSUD BERHIJRAH KPD ALLAH DAN RASUL-NYA,
KEMUDIAN KEMATIAN MENIMPANYA (SEBELUM SAMPAI KE TEMPAT YG DITUJU)
MAKA SUNGGUH TELAH TETAP PAHALANYA DI SISI ALLAH.
DAN ADALAH ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. (SURAH AN NISA’ :100 )

SALAM MAAH HIJRAH 1427


taken from articel in ANIS magazine-february 2006..



::sALam perjUangan:: Posted by Picasa

Comments

Popular Posts