++UUM UMUM TANGGUH KULIAH++

  • 20 DISEMBER 2005

UUM UMUM TANGGUH KULIAH PROUUM ONLINE :

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) hari ini membuat keputusan untuk menangguh permulaan kuliah semester kedua sesi 2005/2006 yang sepatutnya bermula Isnin depan (26 Disember ) selama seminggu kepada 31 Disember ini. Naib Canselornya, Dato' Dr. Nordin Kardi berkata, penangguhan kuliah itu disebabkan banjir yang melanda di sekitar Kedah yang menghalang perjalanan mahasiswa untuk pulang ke Kampus Sintok. Selain itu katanya, bekalan air di UUM juga terputus dan ini akan menimbulkan masalah jika mereka berada di kampus lebih awal.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta mahasiswa UUM kembali mendaftar di kolej kediaman masing-masing mulai 29 hingga 30 Disember ini. Tambah Dr. Nordin lagi, kuliah untuk pelajar lama akan bermula pada 31 Disember dan 1 Januari bagi pelajar baru.

"Tempoh pendaftaran pelajar baru semester kedua sesi 2005/2006 juga dilanjutkan sehingga 31 Disember ini dan boleh dilakukan di Jabatan Hal Ehwal Akademik," ujarnya lagi.

Dr. Nordin berkata, pendaftaran gugur tambah kursus yang boleh dibuat melalui dalam talian (online) dilanjutkan sehingga 5 Januari depan. Beliau menasihatkan supaya mahasiswa UUM sentiasa mengikuti perkembangan semasa universiti melalui laman web di alamat http://www.uum.edu.my atau menghubungi talian 04-9283117/04-9283155. HABIS.

DARIPADA : PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM TEL : 04-9283006/3007/3013/3014 FAKS : 04-9283016 EMEL : prouum@uum.edu.my

:::: CUTI LAGI DAAAA......HEHEHE...

Comments

Popular Posts