Hafaz Quran ...


ya ALLAH..terangkanlah hatiku.. Posted by Picasa

ni i take dr blog kwn..* kinobaik..=)

Hafaz Quran
AssalamualaikumLama rasanya tidak menulis di dalam blog

versi ala-ala insaf ni. Menulis blog adalah salah satu aktiviti
saya pada waktu senggang. Seandainya ada kewajipan lain
yang lebih aula daripada ini, kino akan memberikan komitmen
kino pada tugas itu dahulu.Pada 18 Jun yang lepas,
Kino dan Shye menghadiri satu Kursus Baca dan
Hafal al-quran yang diadakan di Darby Park, KL.

Ustaz Shafie mengatakan bahawa untuk menghafaz al-Quran,
kita perlukan masa. Katanya lagi, boleh dikatakan hampir 85% huffaz
[org yg menghafaz] tidak dapat mengingat kembali
hafazan mereka kerana mereka tidak menyimpan
hafazan mereka dalam ingatan jangka masa panjang.

Ingatan manusia terdiri daripada ingatan jangka pendek
dan ingatan jangka panjang. Sebaik sahaja manusia menerima maklumat,
maklumat itu dapat bertahan selama 20 saat dalam ingatan jangka pendek.
Sebaliknya, jika maklumat itu diulang-ulang, ia akan kekal
dalam ingatan jangka panjang.Menurut Ustaz Shafie,
seseorang yang ingin menghafaz, memerlukan
persediaan mental yang kuat selain skil2 menghafal yang baik.

Untuk menghafaz al-Quran 75% adalah mental yang kuat manakal
25% ialah kemahiran menghafaz.

Apakah tips menghafaz Quran?
1. Niat kerana Allah
2. Taqwa
3. Maafkan orang lain
4. Yakin Allah bersama kita [ inna-Allah-a-ma'a-na]
Bagi skil menghafaz pula:
1. Baca ayat yang hendak dihafaz secara talaqi [berguru]

untuk memeriksa bacaan kita.
2. Jika ayat yang hendak dihafaz itu panjang,

'potongkan' ayat itu supaya mempunyai 4-5 patah perkataan sahaja.
{cth : sekiranya satu ayat itu mempunyai 12 perkataan,
ceraikan kepada 4-4-4 supaya mudah dihafaz.
Bilangan perkataan maksimum yg boleh diingat dengan baik
oleh otak manusia ialah sebanyak 5 perkataan.}
3. Baca rangkap ayat yang hendak dihafaz sebanyak

10 kali sambil memandang ayat itu. Maklumat dimasukkan dalam ingatan jangka pendek.
4. Ulang rangkap ayat sebanyak 60 kali.

{ 5 kali dengan memandang ayat, 5 kali pejam mata,
5 kali baca ayat, 5 kali pejam mata...dst.}

Langkah pertama menanam maklumat dalam ingatan jangka panjang.
5. Ulang rangkap tadi sebanyak 200 kali sebagai pengukuhan.

Maklumat terus dimasukkan ke dalam ingatan jangka masa panjang.
6. Ulang langkah 2-5 bagi rangkap yang seterusnya.


200 kali? Banyak bukan? Jika setiap rangkap ayat mempunyai 4-5 perkataan,

anda memerlukan masa selama 10 minit untuk menjadikannya 200 kali.
Ustaz Shafie menyarankan kita untuk menggunakan masa komitmen
untuk menghafaz rangkap2 tersebut. 5 minit selepas subuh,
dan 5 minit lagi dalam perjalanan anda ke sekolah atau ke tempat kerja.
[masa komitmen: masa yang dihabiskan untuk melaksanakan
sesuatu komitmen cth: semasa drive, semasa berjalan kaki,
semasa menunggu bas / kapal terbang etc].

Pastikan anda menghafaz surah-surah yang anda familiar with.
Cth: surah Yasin sbb kita selalu baca surah Yasin.
Kemudian, ikuti dengan surah-surah pilihan. as-Sajadah, ar-Rahman,
Luqman, al-Mulk...etc
Dengan azam yang kuat dan sentiasa yakin bahawa Allah

yang berkuasa mengkehendaki segala sesuatu,
insya Allah kita akan dapat menghafaz ayat-ayat Allah ini.

ni pulak..amik dr shukur org.

Sebelum menghafal..
*Mempunyai azam dan minat untuk
menghafal..
*Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
*Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
Berada dalam keadaan tenang. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
*Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
*Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.

Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal
A. Teknik "Chunking
"Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada
beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian
(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.

Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian,
contohnya mengikut pertukaran cerita.

Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah,
hizib, rubu', cerita dan sebagainya. Memisah-misahkan Al-Qur'an
kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
*Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya
lima kali sebelum mula menghafalnya.
*Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali
(10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah mukasurat,
harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa
kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya,
harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
*Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan
kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat
ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
Pilih seorang teman yang sama minat. Orang yang pertama membaca
dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau
beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal,
dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.

Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut
sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut
dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset
bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran
lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula
untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau
guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut.
Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman
tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf.
Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu',
atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang
menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat
tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana
yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal.
Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'.
Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz,
dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'Mengekalkan Hafalan
Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.

Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti
ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar,
setengah juz, 1 juz dan sebagainya. Membaca pada waktu pagi
dan mengulangnya pada waktu malam.
Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
setiap ayat yang mutashabih...

practice make perfect..
insyaALLAH.. dlm prosess utk m'hafal..
dolu ade msuk hafazan.. sek ren.. menang..
tpi..sek men..ustz ofer.. wakil sek..
i not ready yet.. dlm 1 week kena hfl surah yasiin..sajadah..waqiah..
huhu.. rase xmmpu.so..ana xgo on laa..

suke bab hafal ni..
kalu paper d U.. suke bab yg bace..
mostly dpt score..hihih..
insyaALLAH..moge diterangkan hati ni..

YA ALLAH..
lindungi kami drpd ILMU yg tidak bermanfaat..
drpd HATI yg tidak mampu berkhidmat pdMU..
drpd NAFSu yg tidak pernah puas..
& drpd DOA yg tidak diKABULkan..
amin..amin..

Comments

Popular Posts