Tindik...fesyen, pengaruh rakan atau kepuasan diri?

“KENAPA? To improve their self,” itulah jawapan yang keluar dari
jurutindik profesional Ronny Lai apabila ditanyakan i-Kon mengapa
begitu ramai remaja sekarang yang memilih bertindik sebagai budaya paling bergaya masa kini.

“Malah katanya, lebih 60 peratus daripada pelanggannya terdiri
daripada remaja wanita, berbanding lelaki yang kebanyakannya
memilih seni hiasan kulit tatu (tattoo) sebagai daya penarik diri
masing-masing. Ini diikuti pula dengan keberanian remaja wanita
yg bertindik di kawasan selain telinga, terutamanya kawasan
sekitar mulut seperti lidah, bibir, hidung dan ada juga di puting dada masing-masing.

namun, apa tujuan mereka? Jika berpandukan jawapan Ronny tadi
mungkin ada benarnya, bertindik menurutnya banyak merubah
personaliti seseorang individu untuk lebih berkeyakinan dan
mencuba sesuatu yang baru. Walaupun begitu, katanya,
budaya bertindik mempunyai hubung kait yang jelas dengan
perkembangan semasa, sama ada bagi tujuan fesyen,
pengaruh rakan sebaya mahupun untuk kepuasan diri semata-mata.

Seorang remaja, Rafidah Abdul Rahim, 13, berkata bertindik dapat
memberi ketenangan dalam jiwanya selain dapat mengurangkan
tekanan hidup dalam dunia remaja yang serba mencabar.

“Sejak darjah enam lagi saya sudah mula bertindik lebih
daripada satu di kawasan telinga. Bila tengok kawan ada yang
bertindik di tengah lidah saya berkenan dan ingin mencuba.

“Mula-mula tu ingatkan sakit. Sejuk juga tangan sebelum buat.
Tapi tak sangka pula prosesnya terlalu singkat dan tidak menyakitkan.
Lebih penting kaedah yang digunakan cukup mementingkan kebersihan,”
katanya yang bertindik di lidah. Sementara itu, Dian Mayasari Mohd, 20,
yang bertindik pada lidah dan pusat berkata,
bapanya tidak pernah melarang untuk dia bertindik.

“Bertindik memberi kesan yang kekal. Tak seperti membeli pakaian,
selepas dipakai beberapa kali akan jemu, hilang ataupun tidak dipakai lagi.
Bukankah itu menyeronokkan?” katanya. Bagi Pengurus Promosi EMI Malaysia
(Antarabangsa), Nik Marina Nik Mat, 31, keputusannya bertindik di
tengah lidah dan pusat lebih setahun lalu bukanlah daripada ajakan
kawan ataupun pengaruh media cetak dan elektronik.

Ia adalah keputusannya sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru

dan boleh dikatakan juga untuk mencari keseronokan.
Saya tidak peduli dengan pendapat orang ramai terhadap saya.
Semuanya adalah keputusan sendiri dan berani atau tidak,
saya perlu menghadapinya sendiri, bukannya orang lain.
“Bagi saya orang akan cuba mencari sesuatu isu untuk
mengenai orang lain, walaupun kita melakukan perkara baik
Itu sudah menjadi kebiasaan manusia mencari kesilapan individu lain,” katanya.
pula bagi wartawan hiburan akhbar Malay Mail, Joe Lee,
29 yang menganggap tindik sebagai lambang kebebasan dalam kehidupannya.

Kali pertama dia bertindik ketika di berusia 15 tahun iaitu pada telinga sebelah kiri,
diikuti telinga kanan dua tahun selepas itu dan telinga kiri
sekali lagi ketika usianya 17 tahun. “Cuma 10 tahun selepas itu,
saya mula menambah tindik di kawasan muka seperti hidung, lidah,
bibir dan kening. Semuanya lapan subang.
“Kalau orang boleh pakai gelang atau jam tangan,
mengapa tidak bertindik. Lagipun ia cantik.
Ia sekadar aksesori hiasan,” katanya yang akan membuka semua
tindiknya itu bila usia mencecah 30 tahun.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

eee..mANUSIa..mmg xpenah nk bersyUKUR..dh tau sakit..nk juge buat.. tu laa manusia.. lg diLARANg..lg nk diBUAT..


Comments

  1. ya Allah..hodohnya, first time tgk org tindik penuh satu muka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts