reAd sLowLy.. ----<@

Saudariku.....
kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam
yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga ,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu; namun.... tidak semua
bunga untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri
yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan
sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman
terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......
Saudariku.....Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan
dan keindahan taqwa kepada Allah...
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada
lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebihberharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah ...... umpama
sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup.....
sudah pastinya keinginan untuk melihat permata
yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......
Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan
nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah
mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...sesiapa yang inginkan kebaikan
maka Allah akan memudahkan baginya
jalan-jalan kearah itu,
penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......
Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...
Seandainya pakaianmalumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah
tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...
Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita".Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu
hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu
untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah
telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan
sentuhan lembut tangan mu.....
Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,
itulah fitrah semulajadi setiap insani
namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah,
kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian
besarnnya kerana sebuah cinta...Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"
cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak
kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,
Cintailah dirimu terlebih dahulu ,mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,
yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dankasih pada penciptamu............
Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan
abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila
diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak
dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah
sudah pasti ia akan bertaut kembali..
Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu
mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu
bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu
Rabiatul Adawiah sebagai renunganbersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal,
kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal
abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."
ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,
CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA
DAN RINGAN MAHARNYA......"
ALLAH did not promise that life would be easy,
but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

Taken from .syahiditsuci blog

buat renungan bersama..hayatilaa... =)Posted by Hello

Comments

Popular Posts