piLihan raYa kampUS *-*

Oleh I.S.
Setelah kononnya menawan memerintah semua universiti,

bagaimanakah rasanya berada dibawah pemerintahan puak-puak LALANG ASPIRASI ini.
Boleh ke mereka ni memerintah? Kita sendiri dapat menilainya.
Tidak ada langsung keterlibatan mahasiswa dalam isu-isu semasa.
Di mana kah mereka? Di awang awangan kot.
• Isu PTPTN nak tarik pinjaman dan bagi kepada pelajar yang
ambil kursus-kursus tertentu sahaja,
• Isu kemerosotan pelajar dalam SPM dan PMR akibat perlaksanaan

dasar pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang telah kita nampak kesannya selepas hampir 3 tahun ia dilaksanakan,
• Isu pengangguran 60,000 graduan,
• Isu pengiktirafan JPA bagi pengajian dalam atau luar Negara,
• Isu kolej swasta,
• Isu kegagalan ratusan ribu pelajar lepasan SPM melanjutkan

pelajaran ke peringkat universiti kerana tiada tempat dan masalah kemiskinan,
• Isu penarikan biasiswa MARA dan JPA kepada pelajarnya diluar Negara,
• Isu pemberhentian pemberian bantuan kewangan untuk membiayai

pelajar yang mengaji agama di Asia Barat seperti di Mesir, Jordan, Iran, Yemen dan sebagainya,
• dan pelbagai lagi isu.
Dimanakah mereka untuk membela nasib mahasiswa?!!!

Itu tidak termasuk isu nasional dan antarabangsa. Dimanakah mereka!!!?
Mahasiswa makin dipinggirkan oleh masyarakat. Masyarakat dah tak pandang kita.
Masyarakat memandang kita sebagai golongan remaja yang bermasalah.
Sama macam remaja-remaja lain. Remaja yang dikatakan bermasalah,
penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan.
Masalah negara punyalah banyak, tetapi mengapa mereka senyap?

Bebanan rakyat dengan kenaikan harga minyak, barangan keperluan, tol,
tariff air, tariff elektrik(tak lama lagi) kita tak ambil peduli.
Masalah perobohan rumah rakyat miskin di Selangor,
Terengganu dan Kedah kita tidak ambil tahu. Masalah lebih besar lagi
seperti kezaliman Kerajaan Thai terhadap Umat Islam di Selatan Thailand,
masalah penghinaan terhadap Islam dan banyak sekali.
Mengapa mereka senyap. Adakah mereka mewakili kita?

Tidakkah kita rasa bersalah kerana membiarkan ini semua berlaku.
Kita dapat lihat, hasil dari pemerintahan mereka, mahasiswa telah diasing dari masyarakat.


Sudahlah kita terkurung dalam kepompong AUKU,
kita ditambah lagi dengan kejumudan pemerintahan ASPIRASI.
Keintelektualan kita DIKONGKONG! Kita dinafikan hak kita!

Hak kita untuk bersuara disekat! Hak kita untuk berpersatuan disekat!
Hak kita untuk berpolitik disekat! Hak kita untuk beribadah pun disekat!
Kita tidak mahu dikepompongkan. Kita tidak mahu dijumudkan.
Kita golongan intelektual yang terpelajar. Kita adalah sebahagian dari
masyarakat bertuah yang Tuhan pilih untuk dipertanggungjawabkan memegang amanah agama,
bangsa dan negara. Jangan sempitkan perjalanan hidup kita.

Buka minda, lihatlah diluar sana betapa wajah-wajah rakyat marhaen
yang menantikan kebangkitan kita membela nasib mereka.
Kita adalah bakal pemimpin masa hadapan. Untuk semua mahasiswa diluar sana,
jalankan tanggungjawab anda sewajarnya. Pilihlah yang terbaik.
Sesungguhnya perjuangan telah bermula.
Mari kita kibarkan panji-panji perjuangan dengan laungan
TAKBIR… ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

expLore...>>> http://tranungkite.net/



Comments

Popular Posts