Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah (Renungan)...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan
dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa
kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita
mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang
disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi
telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43.meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
Hatim Al-Asom : "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan,
kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW
1. Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
. Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5. Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.
LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1. Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2. Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3. Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4. Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5. Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu
inginkan untuk tinggal didalamnya."
HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini,
dtimbul didalam dirinya lima perkara :
1. Panjang angan-angan.
2. Sentiasa tamak.
3. Sangat kedekut.
4. Berkurang waraknya.
5. Lupa kepada akhirat.
7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
-Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk bab*.
- Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu,
tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
- Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
- Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
- Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,
mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan
air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
-Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum -
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Wallahua'lam
dicopy dr ukwah.com sumbgn kasih-kekasih