~*~ KECANTIKAN TANPA BIAYA ~*~

Bismillah Ar Rahman Ar RahimYa Allah,
Hadirkanlah sejambak mawar harapan mekar dari taman-taman abadi,
untuk merahmati taman hati saya dengan kuntuman senyuman dan
keharuman yang bisa membawa perasaan kebahagiaan ke dalam strata sukma saya.
Ya Robbi,Dalam kediaman yang dipenuhi mehnah dan tribulasi yang tak berkesudahan ini,
biarkanlah saya selalu ingat akan rahmat-MU.
Tiadalah yang lain dalam kamar hati saya melainkan kesyukuran kepada-MU.
Dan tiada kuluman madah bagi lidah saya melainkan pujian kepada-MU.
Maka perkenankanlah permintaan hamba-MU ini. Perkenankanlah Ya ILAHI.
Amiin.* ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ *
~ * ~ * ~ * ~ * ~* Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal, dengan izin KEKASIH HATI
maka dikurniakan selapangan masa dan kesejahteraan kesihatan
‘alayya untuk melakarkan citra kalam buat tamu ziarah SYAHID ITU SUCI
yang ana hargai fillah, bersempena genapnya ½ tahun jejak ‘
ilmiah ana di perantauan pada hari ini, 18 Ogos 2005 bersamaan 13 Rejab 1426H.
InsyaALLAH, ilham pena ana bagi Augustus 2005 ini bakal
mencoretkan perihal alat-alat dan kiat-kiat bagi mencapai kejelitaan insaniah.
Merujuk kepada pendapat Syed Qutub yang dinukilkan dalam
Tafsir fi Zilal dalam pentafsiran ayat 30 dan 31 Surah An Nur,
kecantikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kecantikan atau
bisa dinamakan kejelitaan Haiwaniah dan kejelitaan Insaniah.
Kejelitaan Haiwaniah merupakan kecantikan paras rupa dan fizikal.
Manakala Kejelitaan insaniahmerupakan kecantikan yang paling tinggi dalam ISLAM;
ia merangkumi keseluruhan aspek dalaman dan luaran yang terjelma
daripada nawaitu nan tulus suci dan lahiriah murni seorang insan.
Taraan nilainya tiada dapat di’akad jual beli dengan mana-mana
matawang duniawi kerana wacana kecantikan ini
bukannya bersifat fizikal semata-mata.Bismillah..
~* KeCANTIKan TANPA Biaya *~
Khassun ila hadhrathi akhowat fillah,As alukum billah...
1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan)
sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH,
pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.
2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq)
pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH,
ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai ramai.
3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang
berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH,
kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian.
InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa
dan kesalahan yang telah kalian lakukan.
5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI.
InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad
sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan
insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan
gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah.
InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Sholihin
yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.
7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan
tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan,
hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan
ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA.
InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan
atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.
akhiran..9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T.
ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH,
selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang mahupun
kegelisahan dalam kehidupan.Wallahu’alam bishowab.
Demikianlah...perkisaran kecantikan tanpa biaya..
yang dapat ana tintakan ikhlas lillah.
Segala yang bermanfa’at itu adalah satu fitrah yang dikaruniakan
ILAHI atas hamba-NYA, manakala yang berpalit kesilapsalahan
itu adalah satu ujian dan peringatan awal dari Al Khaliq ke atas anak Adam,
sebelum dirinya menyembah bumi untuk segera sedari dan perbaiki diri.
Asifli ‘ala kulli hal.Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Coretan pena,Al mukhlisah Syahidah Sofia bintu Yusof,
13 REJAB 1426H (Khamis).
Auckland City, New Zealand.
sahabt ana.. merangkap kwn kpd adik angkat ku.. elly d nZ..
** copy paste dr her blog.. syukran dik..

Comments

Popular Posts