jd isUU...heheheh..


em..ape KESS..??!! Posted by Picasa

``Saya nak ke Kelantan nanti tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Saya cuma nak balas jasa baik dan bertemu para penyokong
di Kelantan yang telah mengundi saya dalam AF3 sebelum ini.

``Ini tanggungjawab saya, saya cari makan begini kerana sokongan peminat,''
katanya di sini, hari ini.Beliau berkata demikian pada sidang
akhbar di majlis jamuan makan tengah hari sebagai tanda
terima kasih kerana menyertai pelancaran
Putera UMNO negeri Kedah bulan lalu.

Semasa pelancaran di Kedah, Mawi turut menghiburkan orang ramai
termasuk 20,000 anak muda yang menganggotai Putera UMNO.
Isu jemputan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas ke atas Mawi

untuk mengadakan persembahan di Kota Bharu mendapat perhatian
apabila mencetuskan perdebatan hangat di kalangan pemimpin kanan parti itu.

Mawi dijadualkan membuat persembahan di konsert Tautan Kasih
pada 30 September dan 1 Oktober ini di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV
sempena pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Pada sidang akhbar tersebut,
Mawi turut menafikan beliau menerima
jemputan kerana terdapat ahli keluarganya menjadi ahli Pas
dan menyifatkan sebagai fitnah.

Beliau turut menafikan dirinya menjadi mangsa politik kerana isu tersebut...