Bayi lelaki dikelar, jerut ditemui hidup...^_^

BEIJING: Ajal nyata belum mahu menjemput seorang bayi lelaki
yang baru dilahirkan, walaupun lehernya dikelar beberapa kali
dengan pisau dan dijerut sebelum dibuang ke dalam sebuah tong sampah.

Orang ramai yang lalu lalang terdengar rengekan lemah daripada
dalam tong sampah itu dan terperanjat melihat ia datangnya
daripada seorang bayi.Akhbar Jiangnan Daily semalam melaporkan,
bayi berkenaan ditemui Selasa lalu oleh beberapa ahli perniagaan
yang berada di bandar raya Changzhou di wilayah Jiangsu.
Mereka menemui bayi itu dalam keadaan bogel serta berlumuran darah
dan dilitupi sisa sayur-sayuran sebelum segera membawanya ke hospital.
Doktor mengesahkan bayi itu mengalami tujuh hingga lapan kecederaan
disebabkan kelaran pisau.Selain itu, ada tanda tali di lehernya seolah-olah
seseorang cuba menjerut bayi itu, yang memerlukan 30 jahitan
tetapi keadaannya sihat, kata doktor.Mereka percaya bayi berkenaan
dibuang tidak sampai enam jam selepas dilahirkan kerana tali pusatnya masih ada.
Dasar satu anak kerajaan China dan tradisi yang lebih mahukan
lelaki membuatkan sesetengah ibu bapa membuang anak perempuan
bagi membolehkan mereka berpeluang memiliki anak lelaki.
Bagaimanapun, adalah satu tindakan luar biasa di negara ini
anak lelaki yang dibuang kecuali mereka dilahirkan cacat. – AFP
>>> LAHAULAWALA.. manusia.. manusia.. tu la..
xpenah berSYUKUR.. ats ape yg ALLAh kurniakan..
huhuhu.. sian bayi tu.. ape LAA doSA nye..!!!!

Comments

Popular Posts