Universiti Harvard terbaik di dunia!!

LONDON: Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) kekal
sebagai pusat pengajian tinggi terbaik dunia,
disusuli Universiti Cambridge yang meningkat satu anak tangga di tempat kedua.

Daripada senarai 10 universiti terbaik dunia, lapan daripadanya
dimonopoli AS dan dua dari Britain, lapor stesen Sky News semalam.
Universiti Oxford, antara institusi disegani di Britain dan dunia,
bagaimanapun jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-10.
Institusi Jiao Tong, di Shanghai, China, mendahului kategori pendidikan tinggi
bagi pelbagai kriteria termasuk kecemerlangan penyelidikan dan akademiknya.

Berikutan kelebihan pusat pengajian tinggi AS menerima lebih banyak
dana berbanding lainnya di seluruh dunia, terbukti membantu penguasaan
mereka yang berterusan.Universiti Stanford, bagaimanapun jatuh
satu anak tangga di tempat ketiga, yang disusuli Universiti of California at Berkeley
(keempat) dan Massachusetts Institute di tempat kelima.

Universiti Britain yang menduduki senarai 100 terbaik di dunia termasuk
Imperial College,University College, Edinburgh, Manchester,
Bristol, Sheffield, King's College, Nottingham dan Birmingham.
Faktor lain yang diambil kira termasuk bilangan alumni atau
graduan yang memenangi anugerah Nobel, jumlah rencana yang disiarkan
jurnal Science and Nature serta penyelidikan yang diketengahkan.

Tahun ini misalnya, pemilihan itu turut menitik beratkan
aspek sastera dan kemanusiaan berbanding sebelumnya. – AgensiFAKTA
· Universiti Harvard
· Universiti Cambridge
· Universiti Stanford
· Universiti California at Berkeley
· Massachusett’s Intitute of Technology
· California Institute of Technology
· Colombia University
· Princeton University
· University of Chicago
· Universiti Oxford


bile ekk..dpt p o/sea...em..emm.... ^_^Posted by Picasa

Comments

Popular Posts