Seksaan ngeri nanti wanita tak beriman!!!

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada
Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,
membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

baginda melihat perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari
arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun
dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.
Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya,
tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah
tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak
bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya
sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala.
Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan
suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang
suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya
seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.
adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing
dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya
dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka
marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

>>>> gerUNN je bace..nauzUbiLLAh..moge kite semua dijauhkan.....
:sumber dr bharian...

Comments

Popular Posts