aWAs!!!

1. HADIS-HADIS FADHILAT BULAN REJAB kebanyakkannya adalah MAWDHU' (Palsu).
Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yang tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.
(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yang ditujukan pada bulan Rejab,
yang ada cuma fadilat umum kepada keempat-empat bulan-bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardawi)
4. Tiada ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yang lain disunatkan melakukan
Puasa dan bertaubat. (Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa didalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yang ke 9,10,11 didalam bulan Muharam (Bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yang lain,
kecuali kelebihan bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja,
dimana 3 bulan-bulan yang Haram yang lain tidak langsung diberi
keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yang mengatakan bahawa menziarah kubur
dalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU,
kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yang
MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

-------------------baca dulu artikel di bawah sampai habis ye -------------------

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada
orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk,
pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan
juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan
inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw.
Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu
bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yang ditiup kedalam jiwa umat
Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat
kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa
hadis-hadis yang mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini.
Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi
fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab.
Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yang di forwardkan
mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yang terkandung didalamnya.

Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik
kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat.
Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya
di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubatSya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yang tersimpan didalam lubuk hati kita:
-mengapa bulan Rejab sahaja yang dipilih mempunyai kelebihannya?
Pernah atau tidak kita terfikir yang mungkin berita-berita
ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yang bercakap
atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas,
zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan?

Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar
dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yang terdapat didalam bulan itu sendiri,
dan apakah sebenarnya fadilat yang terkandung didalam Rejab.

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa di dalam bulan Rejab?
Di sini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

a. Sheikh Atiyah Al-Saqr.a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam
Hadis yang sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap
fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih
dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yang didatangkan mengenai
fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu,
katanya:الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد: فإن الله سبحانه وتعالى فضل بعض الشهور على بعض وفضل عض الأماكن على بعض، ولكن لا يثبت فضلٌ لزمان ولا لمكان إلا بدليل قطعي ولا بد من التثبت حتى لا يُكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكثيرا من الأحاديث جاءت في فضل رجب ما بين ضعيف وموضوع فلا بد من التثبت في النقل عن رسول الله صلى الله عليه وسلم،"
Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat,
tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan
dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak
mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis
timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya antara
Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya
(naqalMenurut Al-Saqr lagi bahawa:الحافظ أحمد بن علي بن محمد بن حجر العسقلاني وضع رسالة بعنوان: تبيِين العجب بما ورد في فضل رجب، جمع فيها جمهرة الأحاديث الواردة في فضائل شهر رجب وصِيامه والصلاة فيه. وقسَّمها إلى ضعيفة وموضوعة "
Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan
didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yang datang didalam Fadilat Rejab,
pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab,
Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yang lain.
Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam
Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36
dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada',
didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu :
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal ialah Rejab.

Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman,
peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:فالعمل الصالح في شهر رجب كالأشهر الحُرم له ثوابُه العظيم، ومنه الصّيام، يستوي في ذلك أوّلُ يوم مع آخره، وقد قال ابن حجر: إن شهر رَجب لم يرِد حديث خاصٌّ بفضل الصِّيام فيه، لا صحيح ولا حسن "
Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya
didalam bulan-bulan Haram, yang didalamnya terdapat puasa,
SAMA sahaja hari pertama atau pun hari akhir.

Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya
hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yang Sahih atau Hasan'.
"Beliau memetik beberapa hadis the'if dan palsu, diantaranya ialah:i. إن في الجنة نهرًا يُقال له رجب، ماؤه أشدُّ بياضًا من اللَّبن وأحلَى من العسل، مَن صام يومًا من رجب سَقاه اللهُ من ذلك النّهر "
Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab,
warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu,
barangsiapa yang berpuasa sati hari dari bulan Rejab,
maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.ii.
مَن صام من رجب يومًا كان كصيام شهرٍ، ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب الجَحيم السبعةُ ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ الثمانيةُ، ومن صام منه عشرة أيام بُدِّلت سيِّئاته حسناتٍ "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan
Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan,
dan siapa yang berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka,
dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka,
dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" -
ini Dha;if.iii. Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadilat
berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمّتي
:"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

more info....jom explore..>>>>> www.hanan.com.my
kik sini... >>> http://www.hanan.com.my/viewtopic.php?forum=5&topic=3131

Comments

Popular Posts