>>>Ahli sains temui planet ke-10

Penemuan berkenaan mungkin memaksa buku teks sekolah ditulis .....

ANGELES: Seorang ahli astronomi Amerika Syarikat
beliau menemui planet ke sepuluh dalam sistem solar yang
akan menyebabkan ahli sains perlu melakar semula peta astronomi.
Jika perkara itu benar, penemuan Mike Brown dari Institut Teknologi California

akan menjadi planet yang pertama sejak penemuan Planet Pluto
dikenal pasti pada 1930 yang menjadi planet kesembilan yang mengelilingi matahari.

“Ambil pen anda. Mulai hari ini tulis semula buku teks,” kata Brown,
profesor astronomi planet ketika mengumumkan planet ke-10 dalam
solar itu sebagai lebih besar daripada Pluto.Brown berkata,
planet itu paling jauh yang pernah ditemui dari orbit yang
matahari iaitu kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.
“Ia mungkin satu setengah lebih besar dari saiz Pluto,”
dalam temubual telefon dari CalTech, di Pasadena,Los Angeles.

Ia dianggarkan kira-kira 97 kali lebih jauh dari matahari berbanding
Bumi dan dinamakan sebagai ‘2003-UB313’ serta yang ketiga lebih
menyinar dalan lingkaran Kuiper.Sehingga kini belum dapat dipastikan
saiz sebenar planet baru itu tetapi kecerahan serta jaraknya
dianggarkan sekurang-kurangnya sebesar Pluto dengan diameter 2,302 kilometer.

“Kami 100 peratus yakin bahawa ia objek pertama yang lebih besar daripada
pernah ditemui di dalam sistem solar,” katanya.Penemuan oleh Brown bersama rakannya,
Chad Trujillo dari Makmal Cerapan Gemini di Mauna Kea, Hawaii
dan David Rabinowitz dari University Yale pada 8 Januari lalu akan
memberi tambahan baru kepada sistem cakerawala.Planet itu pertama
kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin
di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California.Ahli astronomi terbabit
mengemukakan cadangan untuk nama planet itu kepada badan sains kerajaan,
International Astoronomical Union dan menunggu keputusan badan itu
sebelum membuat pengumuman. – AFPPlanet Ke-10 ditemui..

· Planet pertama dikesan sejak penemuan Planet Pluto pada 1930.
· Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan
Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California
· Penemuan baru memaksa buku teks ditulis semula.
· Planet ke-10 lebih besar daripada Pluto.
· Terletak kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.
· Penemuan menghampiri kenyataan dalam al-Quran yang menyatakan kewujudan 11 planet.

suBHANallah... ALLAH MAHA BESAR..ALLAHU AKHBAR...!!!!

Comments

Popular Posts