untukmu ratuku...

Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Taktala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Ratuku,
Kebimbanganku ini kian menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku, Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
Kerana apa yang ku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
Menanti kekasihnya di pintu syurga

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Asiyah bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci lagi terpuji
Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi
Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga kau tak dapat kembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jagalah kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Bukan itu yang ku harapkan
Aku yakin ratuku Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega
Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar
Ratu idaman kalbu

ilham cipta F_i
who.. hehehhe.. (",)


em...em.. nice poem..syukran F.i ;) Posted by Hello