aL FatiHah.... =(

ana ade posting news about trip warga UUm hiking G7..
see previous title before tis..then..smlm got call dr sarah..my mmber..
told me..someone died..ats gunung..but xsure.. namenye..
myb i kenal org tu.. sape ekk.. xigt ar..sarah..yg smbut bestday..
huhu.. jenoh igt..mse jd ajk PKN...then.. got msg dr sarah after 5 minit...
his name.. arwah SHAHRIL..>> inalillah........ =(

Pegawai pengiring ekspedisi G7 meninggal akibat sesak nafas.
IPOH 25 Jun - Semangat berkobar-kobar sekumpulan tujuh pendaki gunung dari
Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mencipta nama dalam The Malaysia Book of Record,
lenyap apabila seorang daripada mereka sesak nafas dan meninggal dunia sewaktu
mendaki Gunung Chamah, Gerik dekat sini awal hari ini.

Mereka yang terdiri daripada enam pelajar dan seorang pegawai merupakan sekumpulan
daripada tujuh kumpulan kecil peserta yang mewakili UUM dalam ekspedisi menawan
tujuh puncak gunung (G7) di Semenanjung iaitu Gunung Tahan dan Yong Belar di Pahang,
Chamah (Kelantan) dan Chamah, Korbu, Gayong Yong Yap dan Ulu Sepat di Perak.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pegawai pengiring kumpulan tersebut iaitu
Mohd. Shahril Othman, 26, yang juga penyelia asrama universiti itu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UUM,
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ahmad berkata, berita kematian Shahril
dimaklumkan kepada pihaknya oleh dua renjer hutan yang menjadi
jurupandu arah kumpulan ekspedisi itu.

Katanya, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan terus meninggal dunia
dalam hutan di kawasan Sungai Relak pada pukul 3.40 pagi.

Menurut Dr. Abdul Halim, meskipun kumpulan arwah Shahril gagal menyelesaikan misi
mengibar bendera di puncak Gunung Chamah tetapi enam lagi kumpulan lain berjaya
menyelesaikan misi masing-masing tanpa menghadapi masalah.
Ekspedisi yang dinamakan `G7 Explore' itu disertai 45 peserta termasuk tujuh
pegawai pengiring dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan.
Misi ekspedisi tersebut ialah mengharumkan nama universiti ini dengan percubaan
untuk mencipta rekod sebagai `Hoisting Of Jalur Gemilang Simultaneously at 7 Mountain Peaks'.

:: moge arwah ditempatkn di kalangan org yg beriman..al FATIhah....

Comments

Popular Posts