64 GRADUAN KELAS PERTAMA DI MAJLIS KONVO 18 UUM

PROUUM ONLINE : MAJLIS Konvokesyen ke-18 Universiti Utara Malaysia (UUM)
tahun ini menyaksikan 64 graduan ijazah sarjana muda berjaya
memperolehi kelas pertama dalam program masing-masing.
Walau bagaimanapun, jumlah ini agak menurun sedikit berbanding
tahun lalu yang menyaksikan seramai 73 graduan mencapai kecemerlangan ini.
Keseluruhan 64 graduan itu adalah dari 17 program ijazah sarjana muda iaitu
program Sains Pemutusan dengan jumlah teramai iaitu 13 diikuti
Pengurusan Perniagaan (9), Kewangan (6), Perakaunan (6) dan
Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (6). Program lain ialah Pengurusan Teknologi (4),
Teknologi Maklumat (3), Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (3), Komunikasi (3), Multimedia (3),
dan Pendidikan (2). Bagi program selebihnya iaitu Pengurusan Pelancongan,
Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kerja Sosial, Perbankan,
Ekonomi dan Perakaunan (Sistem Maklumat) masing-masing memiliki
satu graduan dengan ijazah kelas pertama. UUM menawarkan lebih 30
program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan program Matematik Perniagaan
sebagai yang terkini penawarannya. Sejak Majlis Konvokesyen yang pertama pada 1988 sehingga kini, UUM memiliki 376 graduan ijazah kelas pertama.
>>> TAHNIAH +CoNGRATES TO ALL MAHASISWA/WI UUM..
special buat seniorku..biBm.. shuhaida shafie..* tq byk bg buku..+ notes..hehhe..
sedisss xdpt nk raikan same..ur graduation day.. got klass.. sory sgt..huhu..
buat FC team pusat kaunseling& kerjaya..sal..jannah..faizal..peanut..yati..
mmber merangkap housemate HEMAt- sarah..siti..
jiran d blok H..last sem.. kak ani..nasd..
coNGRAtes agaiN..
doakan kejayaan SHIDA di bumi sintOKK ni..huhu..
moge dipermudahkan all urusan ku..amiNNN.. ^_^


Image Hosted by ImageShack.us

Comments

Popular Posts